
Kek Blueberry Lembut
Resepi kali ini adalah 'tea time' cake kegemaran saya. Kek yang mudah, tetapi gabungan fresh blueberry dan yogurt dalam kek menjadikan tekstur kek yang lembab bersama gabungan masam manis menghasilkan kek yang sungguh perfect. Saya memang suka bake kek ni sejak dari kali pertama mencuba. Sangat sesuai untuk hudangan di majlis minum petang.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 150 gram mentega
- 150 gram (3/4 cawan) castor sugar
- 2 biji telur, saiz B
- 265 gram (1 3/4 cawan) tepung naik sendiri
- 120 gram yoghurt
- 2-3 sudu besar susu full cream
- 100 gram (1 kotak kecil) fresh blueberry
- gula aising, untuk taburan
- 1Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
- 2Griskan tin pembakar dengan mentega cair dan lapik bahagian bawah dengan kertas baking. Saya gunakan tin bersaiz 8x8x3 inci.
- 3Pukul mentega yang telah dikeluarkan pada suhu bilik bersama gula castor di dalam mixing bowl sehingga sebati dan berwarna kuning pucat. Gunakan spatula jika bahagian bawah adunan melekat.
- 4Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, juga esen vanilla dan teruskan pukul sehingga sebati.
- 5Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan diselang selikan dengan yoghurt sehingga habis. Kemudian masukkan susu. Kacau sehingga betul-betul sebati.
- 6Tuangkan di dalam tin pembakar dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 35 hingga 40 minit.
- 7Angkat dan sejukkan di atas cooling tray. Taburkan dengan gula icing untuk hiasan.
- •Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek masak sepenuhya. Jika lidi ditarik keluar bersih dan tidak melekat maksudnya kek sudah masak. Jika masih melekat adunan kek, teruskan membakar lagi.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Kek Oren Lembap dan Lembut
Resepi kali ini adalah Kek Oren yang sangat lembab dan lembut. Saya memang meminati kek yang mudah dan simple, dan Kek O...

Chocolate Cheesecake Brownies
Buat penggemar cheese dan coklat, ini adalah resepi yang harus anda cuba. Ni juga salah satu kek kegemaran Che' Nom. Bro...

Kek Coklat Kukus Lembap
Kek Coklat Kukus Lembap yang menggunakan kaedah sukatan cawan di dalam penyediaan bahan-bahannya. Kek ini tidak mengguna...

Kek Gula Hangus
Kek Gula Hangus atau juga dikenali sebagai Kek Sarang Semut kerana rupa dan tekstur nya yang berlubang-lubang. Kek ni bo...

Kek Bundt Oren Lembap
Resepi Kek Bundt Oren Lembap, yang memang sangat special dan sedap. Che Nom memang menyukai kek yang sebegini dan kek in...

Kek Coklat Moist
Resepi Kek Coklat Moist, resepi yang pasti menjadi kegemaran keluarga anda, sesuai untuk dihidangkan pada majlis harijad...