Resepi Kek Blueberry Lembut
Kek blueberry lembut dan lembab dengan yogurt, rasa masam manis yang ngam untuk tea time. Senang nak buat, memang sesuai hidang untuk minum petang atau majlis.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 150 gram mentega
- 150 gram (3/4 cawan) castor sugar
- 2 biji telur, saiz B
- 265 gram (1 3/4 cawan) tepung naik sendiri
- 120 gram yoghurt
- 2-3 sudu besar susu full cream
- 100 gram (1 kotak kecil) fresh blueberry
- gula aising, untuk taburan
Cara Buat Kek Blueberry
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
- 2Griskan tin pembakar dengan mentega cair dan lapik bahagian bawah dengan kertas baking. Saya gunakan tin bersaiz 8x8x3 inci.
- 3Pukul mentega yang telah dikeluarkan pada suhu bilik bersama gula castor di dalam mixing bowl sehingga sebati dan berwarna kuning pucat. Gunakan spatula jika bahagian bawah adunan melekat.
- 4Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, juga esen vanilla dan teruskan pukul sehingga sebati.
- 5Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan diselang selikan dengan yoghurt sehingga habis. Kemudian masukkan susu. Kacau sehingga betul-betul sebati.
- 6Tuangkan di dalam tin pembakar dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 35 hingga 40 minit.
- 7Angkat dan sejukkan di atas cooling tray. Taburkan dengan gula icing untuk hiasan.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 16 biji
- Kalori
- 190 kcal
- Protein
- 3 g
- Karbohidrat
- 24.5 g
- Lemak
- 9 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 11.5 g
- Natrium:
- 80 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Semua bahan disukat dalam gram, jadi anggaran ini agak tepat.
- Gula aising taburan dianggar 15 g untuk seluruh kek.
- Natrium datang daripada tepung naik sendiri.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek masak sepenuhya. Jika lidi ditarik keluar bersih dan tidak melekat maksudnya kek sudah masak. Jika masih melekat adunan kek, teruskan membakar lagi.
Pengenalan
Resepi kali ini adalah 'tea time' cake kegemaran saya. Kek yang mudah, tetapi gabungan fresh blueberry dan yogurt dalam kek menjadikan tekstur kek yang lembab bersama gabungan masam manis menghasilkan kek yang sungguh perfect.
Saya memang suka bake kek ni sejak dari kali pertama mencuba. Sangat sesuai untuk hudangan di majlis minum petang.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat









