Resepi Ikan Siakap Stim Limau Ala Thai
Resepi siakap stim limau ala Thai ni memang mudah, sihat dan sedap-sesuai untuk diet atau bila minyak dapur dah habis. Kuah cili limau dia padu, curah atas ikan terus jadi!

Bahan-bahan
Bahan Untuk Siakap Steam
- 1 ekor ikan siakap
- 2 batang serai
- 1 mangkuk besar air
- ½-1 kiub ayam atau stok ayam homemade
- 5 ulas bawang putih
- perahan jus dari 3 biji limau nipis, lebihkan jika bersaiz kecil
- 1 sudu besar parutan gula melaka (Thai palm sugar)
- 6-7 biji cili padi
- hirisan daun ketumbar
- 1-2 sudu besar sos ikan
Cara Buat Ikan Siakap Stim Limau
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 6 orang
- Kalori
- 95 kcal
- Protein
- 15.5 g
- Karbohidrat
- 5.5 g
- Lemak
- 1 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 3.5 g
- Natrium:
- 480 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Ikan siakap 1 ekor dianggar 800 g, 55% isi boleh dimakan.
- Resepi stim tanpa minyak, jadi lemak hanya daripada ikan.
- Kiub ayam dan 1-2 sudu besar sos ikan adalah punca utama natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Jika air kukusan ikan banyak sangat, boleh buang tinggal sedikit sahaja sebelum dituang kuah. Jangan bimbang, rasa tetap akan sedap nanti.
- Kalau kurang masin, tambah sos ikan. Kalau kurang manis, tambah lagi parutan gula melaka.
- Macam mana nak tau ikan kukus dah masak, tolak isi ikan dekat bahagian tulang yang dikelar tadi dengan menggunakan garfu. Jika isi mudah tertanggal dari tulang maksudnya ikan dan betul-betul masak.
Video
Pengenalan
Che Nom nak share satu resepi sihat kegemaran Che Nom, sesuai untuk yang tengah diet atau menu yg kalau minyak dah habis kat dapur, iaitu resepi Siakap Steam Ala Thai.
Resepi di ilhamkan dari Pailin’s Kitchen, dari negara jiran iaitu Thailand. Che Nom ni mmg penggemar tegar makanan Thai. Caranya mudah sangat, dan rasanya mmg mantap lah. Sesiapa yg ada minta resepi mesra org bujang kat CN tu, boleh lah juga try ni ye.
Ada 3 bahagian, mula2 kita bersihkan dan steam ikan. Kemudian kita potong semua bahan, dan seterusnya kita sediakan kuah cili untuk dituang ke atas ikan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer









