Biskut Keju Cheddar Rangup

Biskut Keju Cheddar Rangup yang boleh disediakan sebagai biskut untuk juadah di hari raya. Rasa biskut ini sangat sedap dan lemak masin dari keju cheddar memberikan kelainan rasa kepada biskut ini.

Bahan-bahan:

  • 300g tepung gandum
  • 100g tepung jagung
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 250g mentega
  • 130g gula icing
  • 1 biji telur, suhu bilik
  • 100g parutan keju cheddar
  • Bahan-bahan untuk hiasan:
    • 1 biji telur +1 sudu besar air, bancuh sebati
    • parutan keju cheddar secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 150°C.
  2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan soda bikarbonat bersama dan ketepikan.
  3. Pukul gula dan mentega sehingga putih dan kembang.
  4. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan adun dengan sekata.
  5. Masukkan parutan keju cheddar bersama bahan ayak. Uli adunan sehingga sebati.
  6. Rehatkan doh selama 15 minit. Canai doh dan terap mengikut acuan kesukaan anda. Sapu dengan bancuhan telur dan tabur dengan parutan keju cheddar sebagai hiasan.

Tip:

  • Doh harus direhatkan seketika supaya bahan-bahan kering menyerap lembapan, lebih senang dibentuk dan menghasilkan tekstur yang lebih baik untuk biskut.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.