Resepi Ayam Geprek
Ayam geprek rangup digoreng bersalut tepung, lepas tu ditumbuk dan disalut sambal pedas padu. Menu mudah ala Indonesia, cepat siap tapi memang sedap.

Bahan-bahan
Bahan Untuk Ayam Geprek
- 10-15 tangkai cili padi merah
- 3 biji cili merah besar
- 2-3 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- sedikit gula
- garam secukup rasa
- serbuk penambah rasa (optional)
- 4 ketul /500g ayam
- 1 biji limau nipis
- 1-2 cawan tepung goreng ayam segera
- sedikti air sejuk dari peti ais
- minyak masak
- timun
- salad
Cara Buat Ayam Geprek
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 420 kcal
- Protein
- 15.5 g
- Karbohidrat
- 18 g
- Lemak
- 30 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 4.5 g
- Natrium:
- 990 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 500 g ayam dikira bertulang, 65% isi boleh dimakan.
- Hanya ~40% tepung goreng segera melekat pada ayam; minyak goreng dalam dikira 12% serapan.
- Sambal geprek biasanya ditumbuk dengan minyak panas — dianggar 2 sudu besar tambahan.
- Timun dan salad hiasan dikira ~150 g.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Sebelum menggoreng cili padi merah, patahkan cili atau potong kasar bagi menghindarkan ia meletup semasa menggoreng.
- Untuk mendapatkan ayam goreng yang lebih rangup, ayam yang digoreng hendaklah tidak diletakkan kesemuanya sekaligus kedalam minyak panas tetapi diletakkan dua ketul terlebih dahulu kemudian baru masukkan yang seterusnya.
Video
Pengenalan
Hi Semua, Che Nom nak masak menu mudah harini tp sangat menarik iaitu ayam geprek, inspirasi dari masakan negara jiran iaitu Indonesia.
Sedap sangat hidangan ni…,Ayam tu kita goreng dulu dalam salutan tepung smpai garing kemudian kita tumbuk dan salut dengan sambal pedas.
Ada sedikit persamaan dengan ayam penyet, tapi cara penyediaan lebih mudah dan cepat.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









