Resepi Apom Lenggang Gulung Kari Mackerel
Apom Lenggang Gulung yang dihidangkan bersama Kari Ikan Mackerel dan Baked Beans kombinasi duo bernutrisi bagi tenaga harian. Cukup dengan rasa pedas, manis dan pekat berempah. Anak-anak pasti suka.

Bahan-bahan
Cara Buat Apom Lenggang Gulung Kari Mackerel
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 5 hidangan
- Kalori
- 625 kcal
- Protein
- 25.5 g
- Karbohidrat
- 81 g
- Lemak
- 21 g
- Serat:
- 5.5 g
- Gula:
- 16 g
- Natrium:
- 1090 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Adunan (1.5 cawan tepung beras + 1/2 cawan gandum) dianggar ~10 apom; 5 hidangan × 2 apom.
- Inti: 1 tin kacang panggang (425 g) + 1 tin mackerel (425 g) dibahagi rata.
- Minyak tumis inti tidak disenaraikan; dianggar 2 sudu besar. Santan 'sedikit' dianggar 50 ml.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Che Nom bilas ikan dengan air sikit untuk kurangkan percik-percik bila goreng.
- Jangan letak garam direct dengan yis, takut nanti yis rosak dan apom tak kembang elok.
- Nak elak tepung melekat dekat dasar blender, kita masukkan cecair dulu, Che Nom masukkan santan baru masuk tepung.
- Untuk Apom Lenggang versi gulung, Che Nom guna kuali leper, kalau nak buat apom mengelembung, boleh guna kuali yang melengkung.
- Sebelum masak apom, kocok-kocok dulu adunan barulah masak nanti berongga elok.
- Untuk masak apom lenggang seeloknya guna kuali yang tebal dan tak melekat.
Video
Pengenalan
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Che Nom nak masak hidangan yang mengimbau nostalgia lama, tapi kita masak lah ikut kesesuaian masa sekarang iaitu Apom Lenggang Gulung yang dihidangkan bersama Kari Ikan Mackerel dan Baked Beans dari Ayam Brand. Kombinasi duo bernutrisi bagi tenaga harian.
Baked Beans ni makanan berasaskan fiber, ‘a go-to ingredients’ dan ‘value for money’ pula tu. Ayam Brand Mackerel pula padat dengan nutrisi Omega-3.
Apom lenggang ni versi yang nipis, lembut berongga dan rangup di tepi terutama kalau makan waktu panas, memang sesuai buat cicah kari. Kari Ikan Mackerel dan Baked Beans juga pilihan sangat bijak. Cukup dengan rasa pedas, manis dan pekat berempah. Anak-anak pasti suka. Menu sesuai bagi Smart Mama yang busy tapi tetap nak masak sedap untuk family supaya dapat lah merasa lah air tangan tu kan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









