Resepi Terung Goreng Berlada
Terung goreng rangup disalut sambal berlada pedas manis yang wangi, guna cili merah dan cili padi segar. Makan dengan nasi panas memang bertambah.

Bahan-bahan
Cara Buat Terung Goreng Berlada
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2cm. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
- 2Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut.
- 3Angkat terung dan ketepikan.
- 4Buang sedikit minyak goreng terung tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau.
- 5Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sedap jika dilebihkan gula dalam sambal ini.
- 6Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk.dihidang
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 320 kcal
- Protein
- 9.5 g
- Karbohidrat
- 18.5 g
- Lemak
- 24 g
- Serat:
- 5.5 g
- Gula:
- 5 g
- Natrium:
- 980 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Terung sangat menyerap minyak; serapan dikira 12% daripada 500 g terung, campur ~30 g minyak yang kekal dalam sambal.
- '2 mangkuk minyak' adalah minyak menggoreng — hanya yang diserap dikira, bukan keseluruhan.
- Ikan bilis 1/2 mangkuk kecil dianggar 40 g kering dan menyumbang kebanyakan natrium.
- Resepi tidak menyenaraikan garam; 1 sudu kecil diandaikan.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Semasa menggoreng terung, jangan masukkan terlalu banyak terung ke dalam minyak kerana nanti terung akan masak tidak sekata dan tak cantik warna kulitnya.
- Terung harus digoreng di dalam minyak yang banyak.
Pengenalan
Resepi Terung Goreng Berlada yang paling mudah dan sangat sedap. Buat para penggemar terung, hidangan begini pasti membuka selera makan anda.
Untuk resepi ini Che Nom gunakan cili merah dan juga cili padi yang segar kerana warna sambal akan jadi cantik dan rasanya sangat sedap dengan terung. Tapi jika tiada cili padi merah, cili padi yang hijau pun boleh juga. Cuma warnanya akan jadi kurang menarik.
Sebagai ganti kepada ikan bilis, anda boleh gunakan udang kering atau belacan. Selamat mencuba.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer









