Sup Tulang

Resepi Sup Tulang yang asli, keistimewaannya terletak pada rencah supnya yang di perbuat sendiri tanpa sup bujut, memberikan rasa sup yang pekat dan sungguh asli.

Bahan-bahan:

  • 500g Tulang
  • Bahan untuk rempah tumis:
    • kayu manis
    • buah pelaga
    • bunga lawang
    • 2-3 tangkai cengkih
  • Bahan untuk dikisar:
    • 3 ulas bawang putih
    • 3 ulas bawang merah
    • 3 biji buah keras
    • 1 sudu kecil jintan manis
    • 1 sudu besar lada hitam
    • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
    • 1 sudu kecil jintan putih
  • Bahan untuk dipotong dadu besar:
    • 1/2 batang lobak merah
    • 2 biji kentang sederhana besar
    • tomato (potong 4)

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk
  2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak
  3. Masukkan tuilang,kacau dan biar sebentar
  4. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
  5. Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang.Masak sehingga empuk.
  6. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
  7. Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.