Resepi Set Ayam Gepuk Top Global
Hidangan kegilaan rakyat Malaysia iaitu set ayam gepuk yang dipadankan dengan sambal gajus yang pedas dan berlemak. Selalu beli dekat kedai je kan, lepas ni boleh try masak sendiri.

Bahan-bahan
Cara Buat Set Ayam Gepuk
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Dah cuba resepi ni? Beri bintang
Tak perlu log masuk.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 985 kcal
- Protein
- 69 g
- Karbohidrat
- 18.5 g
- Lemak
- 70.5 g
- Serat:
- 4 g
- Gula:
- 2 g
- Natrium:
- 1100 mg
Andaian pengiraan · keyakinan rendah
- Disemak semula secara manual (Okt 2026).
- Minyak menggoreng dikira sebahagian sahaja yang diserap; minyak sambal atau kuah dikira lebih kurang separuh dimakan.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Nak kurang pedas sambal, boleh lebihkan kacang gajus.
- Jangan rebus ayam lama sangat takut hancur pulak isi ayam.
- Che Nom suka goreng ayam deep fry dalam periuk cast iron, tapi kalau guna kuali yang tebal pon takde hal.
- Bila kita tutup periuk masa goreng ayam, gorengan tu akan create steam jadi dalamnya masak sempurna dan tak kering.
- Masa goreng ayam minyak kena banyak sampai tenggelam barulah untuk dapat hasil ayam yang ranggup luar dan juicy dalam.
- Jangan goreng penuh-penuh kuali. Api pon kena panas betul-betul nak elak ayam melekat.
Video
Pengenalan
Jom tengok Che Nom nak sediakan menu yang sangat sedap, berasal dari negara jiran kita Indonesia tapi orang Malaysia kan suka banget makan makanan ni iaitu set ayam gepuk top universe haa bukan main nama. Che Nom sekeluarga memang suka makan set ayam gepuk ni untuk lunch, ayam panas-panas tu kan pekena dengan sambal pedas berpeluh makan.
Yang penting dalam hidangan ni ialah sambalnya tu kena pedas secukup rasa, dihaluskan dengan minyak gorengan ayam dan rasa berlemak datang daripada gajus. Dan satu lagi yang special cara penyediaan ayam gepuk tu sendiri kita rebus ayam dengan rempah-rempah kisar sampai serap rasa bumbunya tu kemudian barulah kita goreng deep fry garing-garing gitu.
Bumbunya kita guna jugak untuk penyediaan side dish. Kombinasi keduanya memang cukup padu dan hasilkan satu hidangan yang cukup lengkap haa jomlah masak sendiri.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Popia Carbonara Keju Meleleh

Resepi Capati Lembut dan Kuah Kari Ayam Masala

Resepi Kek Puding Karamel Pelangi

Resepi Ayam Golek Pasar Malam Guna Oven

Resepi Tauhu Crispy dan Sambal Kicap









