Serawa Labu Istimewa Bonda
Masakan Serawa Labu ni adalah versi berkuah manis. Boleh juga dihidangkan sebagai pencuci mulut, tetapi di sebelah utara ia juga dihidangkan bersama nasi. Bonda Che Nom memang sukakan masak labu macam ni,kalau kat utara memang dipanggil serawa labu.
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 5 April 201554 paparan
Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Jumlah Masa
N/A
Hidangan
? orang
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1/2 biji labu
- 2 atau 3 cawan santan pekat,
- 2 cawan santan cair
- 1 helai daun pandan, carik dan simpul
- 1 sudu besar gula putih
- sedikit gula melaka, anggaran satu sudu besar
Cara Memasak
Untuk Memasak
- 1Kupas kulit labu dan bersihkan.
- 2Masukkan labu dalam periuk bersama daun pandan, santan cair dan 1 sudu besar gula pasir dan gula melaka. Tutup periuk dan masak di atas api perlahan sehingga labu agak empuk atau lembut. Jangan terlalu lembut kerana labu akan mudah hancur.
- 3Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa. Anggarkan garam secukupnya supaya santan akan menghasilkan rasa lemak yang sedap.
- 4Masak di atas api perlahan sehingga kuah mendidih, tetapi harus dikacau dengan kerap supaya kuah santan tidak berketul.
- 5Apabila kuah sudah pekat sebati dan labu sudah lembut, angkat dan hidangkan.
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
786 Resipi
Lihat profil Che_Nom