Resepi Sandwich Tuna Pedas
Sandwich tuna pedas yang simple tapi padu, sesuai untuk sarapan, minum petang atau bekal sekolah. Guna roti wholemeal dan sapu majerin/butter supaya roti tak cepat lembik.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- daun salad
- 4-5 biji cili padi merah
- 1 bungkus roti sandwich wholemeal
- majerin secukupnya
- 1 tin tuna in olive oil
- 1/2 biji bawang besar
- 4 sudu besar mayonis
- secubit serbuk lada hitam
- sedikit perahan lemon atau limau nipis
- hirisan timun
- hirisan tomato
Cara Buat Sandwich Tuna Pedas
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Potong bahagian tepi kulit roti dengan kemas. Sapu sekata permukaan roti dengan majerin.
- 2Hiris nipis bawang besar dan cili padi kepada kepingan kecil.
- 3Masukkan tuna di dalam mangkuk bersama dengan bawang besar, cili padi, mayonis, serbuk lada hitam dan jus perahan lemon. Che Nom buang sedikit minyak olive. Perasakan dengan garam mengikut citarasa anda (jika suka).
- 4Gunakan garfu untuk kacau campuran tuna dan tekan-tekan garfu supaya ketulan tuna menjadi kecil dan sebati.
- 5Sudukan tuna dan sapu rata di atas roti. Letak bahan sayur seperti timun, tomato dan daun salad kemudian potong sandwich kepada 2 atau 4 bahagian.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 5 hidangan
- Kalori
- 390 kcal
- Protein
- 14.5 g
- Karbohidrat
- 33.5 g
- Lemak
- 21 g
- Serat:
- 5.5 g
- Gula:
- 3 g
- Natrium:
- 550 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan; 1 tin tuna dianggar cukup untuk 5 sandwic (10 keping roti), bukan sebungkus penuh.
- Majerin 'secukupnya' dianggar 50 g keseluruhan.
- Tuna dalam minyak zaitun dikira selepas ditos (~130 g isi).
- Roti wholemeal dan mayonis menyumbang kebanyakan natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Adunan campuran inti tuna haruslah tidak terlalu basah supaya inti tidak meleleh dan mengelakkan roti menjadi kembang nanti.
- Selepas sandwich siap, tutup di dalam bekas kedap udara supaya roti sandwich tidak menjadi kering dan keras.
Video
Pengenalan
Resepi Tuna Sandwich versi pedas yang enak disediakan untuk sarapan pagi, minum petang, bekalan ketika berkelah atau juga untuk bekalan anak-anak ke sekolah. Kalau dah biasa makan sandwich yang light dan tak pedas boleh cuba pula versi sandwich tuna yang pedas yang simple dan sangat sedap ni.
Che Nom biasa gunakan roti wholemeal untuk sandwich kerana tekstur nya yang lebih keras dan tidak penyek semasa proses 'trim" kulit roti dan juga semasa potong sandwich.
Untuk sapuan ke atas roti anda boleh gunakan majerin atau butter kerana selain menyedapkan rasa sandwich, sapuan tersebut adalah bersifat minyak yang boleh menghalang serapan lembapan serta mengelakkan roti dari menjadi lembik dan kembang
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









