ResepiCheNom
French Toast

Resepi French Toast

Resepi French toast yang mudah dan cepat untuk sarapan pagi. Sesuai bila nak masak sesuatu ringkas pada waktu pagi.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • Butter secukupnyaButter secukupnya
  • 5 keping roti Gardenia5 keping roti Gardenia
  • 2 biji telur2 biji telur
  • 2 sudu besar susu full cream2 sudu besar susu full cream31g
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • 1/4 sudu kecil garam1/4 sudu kecil garam2g

Cara Buat French Toast

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan susu, garam dan bawang. Kacau sebati.
  2. 2
    Panaskan kuali leper, lebih baik jika gunakan kuali non stick. Masukkan 1 sudu kecil butter.
  3. 3
    Celup kedua belah bahagian roti di dalam adunan telur. Kautkan bawang dan letakkan dia atas bahagian yang hendak di goreng. Cepat-cepat telangkupkan ke atas kuali. Apabila bahagian bawah masak, kautkan bawang ke bahagian atas dan cepat-cepat terbalikkan.
  4. 4
    Masak sehingga garing keperangan.
  5. 5
    Angkat dan hidang.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 sudu besar susu full cream bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 31g (cawan US 240ml).
1/4 sudu kecil garam bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 2g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi mudah French Toast untuk sarapan pagi.

Saya selalu sediakan French toast untuk sarapan jika inginkan sesuatu yang mudah untuk dimasak pada waktu pagi.

Diterbitkan pada 20 Jun 20148K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru