Resepi Sambal Kering Kentang Dan Ikan Bilis
Sambal kering kentang dan ikan bilis kegemaran Che Nom, rangup pedas manis dan memang padu bila makan dengan sup ayam atau sup daging. Bahan pun mudah, semua ada di pantry.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 sudu kecil sos tiram
- 3 biji kentang
- 1 mangkuk ikan bilis
- 3 ulas bawang merah, hiris nipis
- 2 ulas bawang putih, hiris nipis
- 3 sudu besar cili kisar
- 3 sudu besar sos cili
- gula secukup rasa
- sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)
Cara Buat Sambal Kering Kentang Dan Ikan Bilis
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
- 2Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
- 3Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.
- 4Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- 5Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 345 kcal
- Protein
- 13 g
- Karbohidrat
- 25 g
- Lemak
- 21 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 6.5 g
- Natrium:
- 1310 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Minyak tidak disenaraikan walaupun kentang dan ikan bilis digoreng; serapan 12-15% ditambah 2 sudu besar menumis dianggarkan.
- 3 biji kentang dianggar 450 g; 1 mangkuk ikan bilis dianggar 100 g kering.
- Gula 'secukup rasa' dianggarkan 2 sudu besar; ikan bilis kering punca utama natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.
Video
Pengenalan
Resepi kali ini agak special bagi Che Nom, sebab ini adalah sambal kegemaran dan kerap sangat buat kat rumah.
Sambal kering ni memang sungguh sedap,lebih lagi bila dimakan bersama lauk berkuah seperti sup ayam atau sup daging.
Bahan pun tak susah,.bahan yang selalu ada kat pantry dapur. Jom semak resipi di bawah :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









