ResepiCheNom
Roti Benggali Yang Lembut

Resepi Roti Benggali Yang Lembut

Prep 45 minMasak 30 minJumlah 1 jam 15 minHidangan orang

Jom buat roti Benggali yang lembut dan gebu, sesuai untuk sarapan atau minum petang. Resepi ni asalnya guna shortening, tapi Che Nom ganti majerin pun jadi cantik.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk (Bancuh Air)

  • 1/2 cawan / 125ml air suam1/2 cawan / 125ml air suam
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk yis segera1 1/2 sudu kecil serbuk yis segera
  • 1 sudu besar gula kastor1 sudu besar gula kastor13g

Bahan Untuk Lain

  • 2 3/4 cawan / 350g tepung gandum atau tepung roti± 2 ¾ cawan + 1 sudu besar± 2 ⅔ cawan(2 3/4 cawan / 350g tepung gandum atau tepung roti)
  • 1 sudu besar gula kastor1 sudu besar gula kastor13g
  • 1/4 sudu kecil garam halus1/4 sudu kecil garam halus2g
  • 1 sudu besar shortening (Che Nom ganti majerin sebab takde)1 sudu besar shortening (Che Nom ganti majerin sebab takde)12g
  • Air suam dalam 30ml , tambah sedikit demi sedikit smpai jadi doh jika perluAir suam dalam 30ml , tambah sedikit demi sedikit smpai jadi doh jika perlu

Cara Buat Roti Benggali

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Bancuh yi, tuang air suam kemudian masukkan serbuk yis segera.
  2. 2
    Tambah gula, kacau larut dan tunggu sehinga 2 atau 3 minit.
  3. 3
    Masukkan tepung gandum/tepung roti dalam mangkuk adunan.
  4. 4
    Masukkan baki gula dan garam.
  5. 5
    Kacau rata adunan agar garam bergaul rata dengan tepung.
  6. 6
    Masukkan bancuhan yis tadi.
  7. 7
    Tambah baki air sedikit demi sedikit hingga doh lembut.
  8. 8
    Angkat dan uli rata atas permukaan yang rata.
  9. 9
    Kalau melekat, teruskan uli dalam 5-10 minit.
  10. 10
    Kalau perlu tambah tepung sikit, jangan banyak sangat nanti keras pulak.
  11. 11
    Tambah magerin Planta dan uli sekata.
  12. 12
    Buat bulat dan masukkan dalam mangkuk yang disapu magerin sikit.
  13. 13
    Tutup dengan plastik clingwrap atau tuala dapur.
  14. 14
    Biarkan doh naik dua kali ganda.
  15. 15
    Bila doh dah naik, keluarkan dari bekas dan uli sikit lagi biar udara keluar.
  16. 16
    Sapu loyang dengan majerin.
  17. 17
    Bahagi dua doh, kalau tak nak bahagi, masukan doh dalam loyang yang besar.
  18. 18
    Rehat doh sampai doh naik 2 kali ganda sebelum bakar.
  19. 19
    Bakar suhu 200 degree Celsius selama 35 minit atau keperangan, setting api ATAS BAWAH. .
  20. 20
    Kemudian angkat keluar.
  21. 21
    Sapu permukaan roti panas dengan majerin.
  22. 22
    Keluarkan roti masa masih suam.
  23. 23
    Potong dengan pisau berjeriji tajam.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1 sudu besar gula kastor bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 13g (cawan US 240ml).
2 3/4 cawan / 350g tepung gandum atau tepung roti bersamaan berapa cawan?
± 2 ¾ cawan + 1 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kalau yis tu berbuih maknanya yis tu aktif, kalau tak ada buih maksudnya yis tu dah rosak.
  • Kacau rata adunan agar garam bergaul rata dengan tepung, kita tak nak yis mati bila terkena direct contect dgn garam.
  • Keluarkan roti masa masih suam, sebab takut bahagian bawah meruap dan jadi lembik.
Video
Pengenalan

Hi Semua, kali ni Che Nom nak buat roti, resepi asal roti Benggali ni di rujuk dari sahabat baik Che Nom iaitu Kak Ta,

menggunakan shortening sbg bahan asal untuk hasil roti benggali yang lebih putih (shortening adalah sejenins lemak yg digunakan dalam bakery berwarna putih),

tapi sebab takde Che Nom ganti majerin je. Selamat Mencuba.

Diterbitkan pada 9 Mei 202018K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru