ResepiCheNom
Puding Roti Dan Sos Vanilla

Resepi Puding Roti Dan Sos Vanilla

Prep 20 minMasak 45 minJumlah 1 jam 5 minHidangan orang

Puding roti lembut berkrim dengan sos vanila wangi, versi olahan dari resepi allrecipe.com. Sesuai guna roti lebihan, memang sedap makan panas atau sejuk.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 6 keping roti, yang dipotong tebal dan dibakar seketika dan dipotong kiub6 keping roti, yang dipotong tebal dan dibakar seketika dan dipotong kiub
  • 2 sudu besar mentega, cairkan2 sudu besar mentega, cairkan28g
  • 3/4 cawan gula putih3/4 cawan gula putih150g
  • 4 biji telur4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis1/2 sudu kecil serbuk kayu manis1g
  • 2 cawan susu full cream2 cawan susu full cream490g

Bahan Untuk Sos Vanila

  • 1/2 cawan gula perang1/2 cawan gula perang110g
  • 1 sudu besar tepung gandum1 sudu besar tepung gandum8g
  • secubit serbuk kayu manissecubit serbuk kayu manis
  • 1 biji telur1 biji telur
  • 2 sudu besar mentega2 sudu besar mentega28g
  • 1 1/4 cawan susu full cream1 1/4 cawan susu full cream
  • 1 sudu kecil esen vanilla1 sudu kecil esen vanilla
  • secubit garamsecubit garam

Cara Buat Puding Roti Dan Sos Vanilla

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Puding Roti

  1. 1
    Panaskan oven pada suhu 175 darjah celsius
  2. 2
    Dalam bekas pembakar (saya guna bekas berukuran 35x25cm), taburkan roti yangtelah dipotong menjadi kiub dan tuangkan mentega yang telah dicairkan ke atas roti.
  3. 3
    Dalam bekas berasingan, masukkan susu, telur, esen vanilla, serbuk kayu manis dan gula. Putar sehingga sebati dan tuangkan ke dalam bekas roti. Gunakan garfu untuk menekan roti sehingga tengelam dan menyerap adunan.
  4. 4
    Bakar dalam oven selama 40-45 minit, atau sehingga bahagian atas menjadi keperangan.

Untuk Sos Vanilla

  1. 1
    Dalam periuk kecil, campurkan susu, telur, gula, garam, serbuk kayu manis, butter dan tepung. Panaskan di atas api sederhana dan kacau berterusan sehingga sos menjadi pekat, atau sehingga sos melekat bila di belakang sudu bila dicelupkan.
  2. 2
    Masukkan esen vanilla dan kacau lagi sehingga sebati. Tutup api dan sejukkan seketika. Hidangkan bersama puding roti.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 sudu besar mentega, cairkan bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 28g (cawan US 240ml).
3/4 cawan gula putih bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 150g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Puding Roti dan Sos Vanilla,

resepi asal dari allrecipe.com tetapi telah diolah untuk disediakan bersama sos vanila.

Diterbitkan pada 21 Ogos 20135.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru