ResepiCheNom
PIZZA Homemade

Resepi PIZZA Homemade

Prep 20 minMasak 35 minJumlah 55 min

Jom buat pizza homemade paling padu, roti garing bawah tapi lembut dalam dengan cheese bertali cair. Topping fresh dan sos tomato harum, terus panas-panas dari oven.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Doh Pizza

  • 500g / 4 cawan tepung Italian 00 ATAU500g / 4 cawan tepung Italian 00 ATAU
  • 445g / 3 1/2 cawan tepung roti445g / 3 1/2 cawan tepung roti
  • 1 sudu kecil garam halus1 sudu kecil garam halus
  • 375ml / 1 1/2 cawan air suam375ml / 1 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu kecil serbuk yis2 sudu kecil serbuk yis
  • 1 sudu kecil gula1 sudu kecil gula
  • 2 1/2 sudu besar minyak zaitun extra virgin2 1/2 sudu besar minyak zaitun extra virgin
  • sedikit tepung semolinasedikit tepung semolina

Bahan Untuk Topping (Beef Mushroom Pizza)

  • sos pasta tomatosos pasta tomato
  • sedikit minyak zaitun extra virgin olivesedikit minyak zaitun extra virgin olive
  • daging kisar (dimasak)daging kisar (dimasak)
  • capsicumcapsicum
  • serbuk cheese pasmesanserbuk cheese pasmesan
  • cendawan butangcendawan butang
  • bawangbawang
  • parutan cheese mozzarellaparutan cheese mozzarella
  • black oliveblack olive
  • Topping daging kisar yg dimasak:Topping daging kisar yg dimasak:
  • 1 ulas bawang putih1 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk kecil daging kisar1 mangkuk kecil daging kisar
  • serbuk black pepperserbuk black pepper
  • sedikit Italian herbssedikit Italian herbs
  • sedikit garamsedikit garam

Bahan Untuk Topping (Beef Pepperoni Pizza)

  • sos pasta tomatosos pasta tomato
  • sedikit minyak zaitun extra virginsedikit minyak zaitun extra virgin
  • serbuk cheese parmesanserbuk cheese parmesan
  • parutan cheese mozzarellaparutan cheese mozzarella
  • hirisan beef pepperonihirisan beef pepperoni
  • tabur dengan daun basil , optionaltabur dengan daun basil , optional

Cara Buat PIZZA Homemade

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Penyediaan Utama

  1. 1
    Masukkkan tepung italian '00' atau tepung roti kedalam mangkuk adunan.
  2. 2
    Masukkkan garam halus dan kacau sebati mengunakan whisk.
  3. 3
    Dalam bekas yang berasingan, masukan air suam, serbuk yis segera dan gula.
  4. 4
    Kacau dan biarkan sebentar sehingga muncul buih di permukaan.
  5. 5
    Tuang bancuhan yis kedalam adunan tadi.
  6. 6
    Tambah sedikit minyak zaitun extra virgin (extra virgin olive oil).
  7. 7
    Kacau sehingga semua bahan sebati.
  8. 8
    Taburkan sedikit tepung dan keluarkan doh.
  9. 9
    Uli sehingga 10 minit atau sehingga elastik dan lincin.
  10. 10
    Griskan mangkuk dengan minyak zaitun, letakkan doh dan sapu permukaan doh dengan minyak zaitun
  11. 11
    Tutup dengan plastik cling wrap.
  12. 12
    Biarkan doh naik sehingga dua kali ganda atau 5 jam.
  13. 13
    Boleh perap semalaman untuk doh yang lebih sedap.
  14. 14
    Bila doh dah kembang, keluarkan dan uli sekali lagi sehingga lincin.
  15. 15
    Bahagikan kepada dua bahagian.
  16. 16
    Mula panaskan oven kepada suhu paling maximum oven anda.
  17. 17
    Masukkan tray kosong yang diterbalikkan (untuk dapatkan permukaan yang rata dan senang nak pindahkan pizza nant).
  18. 18
    Tabur sedikit tepung semolina dan tepung roti.
  19. 19
    Ambil doh dan leperkan kepada bentuk bulat.

Untuk Toping Beef Mushroom

  1. 1
    Panaskan minyak zaitun.
  2. 2
    Tumis bawang putih cincang.
  3. 3
    Masukkan daging kisar, black pepper, italian herbs dan sedikit garam.
  4. 4
    Masak sehingga daging kering.
  5. 5
    Potong kecil capsicum hijau.
  6. 6
    Hiris nipis cendawan butang dan bawang besar.
  7. 7
    Hiris nipis black olive.
  8. 8
    Sediakan sos pasta tomato @ whole peeled tomatoes(kisar halus sebelum guna).
  9. 9
    Sapu sos pasta tomato atas permukkan doh dengan sekata.
  10. 10
    Tuang sedikit minyak zaitun extra virgin oil.
  11. 11
    Tabur sedikit daging kisar yg telah dimasak tadi.
  12. 12
    Kemudian taburkan kesemua bahan-bahan yang dihiris nipis.
  13. 13
    Taburkan serbuk cheese Parmesan dan parutan cheese mozzarella.

Untuk Topping Beef Pepperoni

  1. 1
    Sapu sos pasta tomato dengan sekata.
  2. 2
    Tuang sedikit minyak zaitun extra virgin.
  3. 3
    Tabur sedikit serbuk cheese Parmesan dan cheese mozzarella.
  4. 4
    Susun hirisan beef pepperoni.
  5. 5
    Tabur sekali lagi cheese Parmesan.
  6. 6
    Bakar pizza sehingga kedua-dua permukkan atas dan bawah masak keperangan dan bahagian bawah bertukar kepada lapisan yang ranggup.
  7. 7
    Bila dah masak, keluarkan dan potong dengan pizza roller atau pisau.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Tekstur kasar tepung semolina akan membantu berikan kerak pizza yang lebih rangup.
Video
Pengenalan

Hai semua, kali ni Che Nom nak sediakan the best homemade pizza yang pernah anda rasa dan lebih sedap dari pizza restoran commercial.

Rotinya garing di bawah dan lembut di dalam, cheese yang panas bertali dan hampir cair di dalam mulut..pilihan topping yang fresh seperti black olive, capsicum, cendawan butang dan bau sos tomato yang harum..semua ni boleh disediakan fresh dari oven anda.

Diterbitkan pada 5 Julai 202034.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru