
Resepi Nasi Goreng Tom Yam
Prep 20 minMasak 15 minJumlah 35 minHidangan 4 orang
Nasi goreng tom yam yang padu, masam pedas beraroma macam kedai Thai. Che Nom guna seafood, tapi boleh je tukar ayam atau daging ikut selera.
Bahan-bahan
Cara Buat Nasi Goreng Tom Yam
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Nasi Goreng Tom Yam
- 1Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi.
- 2Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika. Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, karot dan batang sawi (jika guna), kacau seketika di atas api perlahan.
- 3Masukkan nasi, kacau sehingga sekata. Tuangkan sos ikan atau sos sotong, teruskan kacau sehingga nasi kering sebati. Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
- 4Hidangkan bersama keropok goreng dan telur goreng mata.
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Nasi Goreng Tomyam, yang sungguh sedap. Kalau dah pandai masak ni, tak perlulah lagi ke kedai Thai kalau nak makan :)
Salah satu menu kegemaran Che Nom, cubalah sebab tak susah nak membuatnya. Dalam resipi ni Che Nom gunakan seafood. Anda boleh campur ayam atau daging jika suka.
Diterbitkan pada 5 Jun 201558.3K paparan
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun
30 Mei 2026

Resepi Ayam Belengas Viral
30 Mei 2026

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce
14 Mei 2026

Resepi Set Nasi Kerabu
7 Mei 2026

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam
21 April 2026

Resepi Donut Kampung Lembut Gebu — Tak Serap Minyak & Ada White Ring
9 April 2026








