ResepiCheNom
Nasi Daging Air Asam Utara

Resepi Nasi Daging Air Asam Utara

Prep 30 minMasak 20 minJumlah 50 min

Nasi Daging Air Asam Utara ni memang padu, selalu jadi menu kenduri dan hari raya. Rebus daging berurat sampai empuk, lagi cepat kalau guna pressure cooker.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 1 -2 sudu besar minyak sayuran1 -2 sudu besar minyak sayuran
  • 4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
  • 500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
  • 5 cawan air rebusan daging5 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan sudu cair1 cawan sudu cair
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 2 1/2 sudu besar rempah kurma2 1/2 sudu besar rempah kurma
  • 1 batang serai, dititik1 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar minyak sapi3 sudu besar minyak sapi
  • 1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
  • Sedikit kismis hitamSedikit kismis hitam

Bahan Untuk Rebusan Daging

  • 1 sudu besar rempah kurma1 sudu besar rempah kurma
  • 2 inci halia, hiris nipis2 inci halia, hiris nipis
  • Air dalam anggaran 7 cawan lebihAir dalam anggaran 7 cawan lebih

Bahan Untuk Ditumis

  • 1 biji bawang besar, hiris nipis1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 5 ulas bawang putih, hiris nipis5 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 3 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kayu manis2 batang kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih4 kuntum bunga cengkih
  • 6 biji buah pelaga6 biji buah pelaga

Bahan Untuk Air Asam

  • 1 biji bawang besar, hiris nipis1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 biji tomato, potong kecil2 biji tomato, potong kecil
  • 6 biji cili merah, potong kecil6 biji cili merah, potong kecil
  • 1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
  • 1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
  • 2 sudu besar sos ikan Thai2 sudu besar sos ikan Thai
  • 3 sudu besar gula3 sudu besar gula
  • 1-2 sudu kecil garam1-2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar kerisik1 sudu besar kerisik
  • Sedikit perahan jus limau nipisSedikit perahan jus limau nipis

Cara Buat Nasi Daging Air Asam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Memasak

  1. 1
    Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. 2
    Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
  3. 3
    Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
  4. 4
    Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.

Untuk Air Asam

  1. 1
    Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kalau nak dapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang.
Video
Pengenalan

Resepi Nasi Daging Air Asam ni sangat terkenal di sebelah utara tanah air. Selalunya dihidangkan di hari perayaan atau kenduri-kendara.

Jika menggunakan bahagian daging yang banyak urat, haruslah direbus lebih lama dalam anggaran masa 2-3 jam.

Kelebihan masak menggunakan daging yang banyak urat ialah rasa daging tu lagi menarik dan sedap, cuma agak leceh nak rebus dalam masa yang lama. Masa dapat dijimatkan jika anda ada pressure cooker.

Diterbitkan pada 4 Mei 2015200.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru