ResepiCheNom
Muffin Pisang Nutella dan Oat

Resepi Muffin Pisang Nutella Dan Oat

Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 minHidangan 12 biji

Muffin pisang Nutella dan oat ni lembap, harum dan ada swirl Nutella yang cantik. Sesuai sangat guna pisang ranum berbintik, memang ngam untuk sarapan atau minum petang.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 2 cawan tepung gandum2 cawan tepung gandum250g
  • 1 cawan oat1 cawan oat80g
  • 1/4 cawan gula kastor1/4 cawan gula kastor50g
  • 1/2 cawan gula perang1/2 cawan gula perang110g
  • 2 sudu teh baking powder2 sudu teh baking powder8g
  • 1 sudu teh baking soda1 sudu teh baking soda5g
  • 1/4 sudu kecil garam halus1/4 sudu kecil garam halus2g
  • 1 biji telur1 biji telur
  • 1/2 cawan susu full cream1/2 cawan susu full cream123g
  • 1/4 cawan minyak sayur (minyak jagung atau minyak canola)1/4 cawan minyak sayur (minyak jagung atau minyak canola)55g
  • 1 sudu kecil esen vanilla1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji pisang saiz besar (ATAU 3 biji pisang saiz sederhana), lecek halus2 biji pisang saiz besar (ATAU 3 biji pisang saiz sederhana), lecek halus
  • Nutella secukupnyaNutella secukupnya

Cara Buat Muffin Pisang Nutella Dan Oat

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. 2
    Di dalam mangkuk satukan tepung, oat, gula kastor, gula perang, baking soda dan garam. Kacau hingga semuanya sebati.
  3. 3
    Di dalam mangkuk berasingan, pecahkan telur dan masukkan minyak sayur, esen vanilla, dan pisang yang dilecek.
  4. 4
    Tuang bahan campuran tepung ke dalam adunan basah dan kacau sehingga sebati menggunakan senduk atau whisk. Jangan terlebih kacau dan memadai jika campuran bergaul sebati.
  5. 5
    Kautkan adunan menggunakan sudu atau ice cream scoop ke dalam muffin tin (anggaran 12 biji muffin saiz besar).
  6. 6
    Letakkan 1 sudu kecil nutella di atas adunan dan kacau menggunakan pisau kecil atau lidi halus supaya menjadi bentuk swirl yang cantik.
  7. 7
    Bakar selama 17-20 minit atau sehingga bilah lidi dicucuk dan tidak melekit.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan tepung gandum bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
1 cawan oat bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 80g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jangan kacau adunan terlalu lama kerana nanti muffin akan menjadi keras oleh sebab gluten yang terhasil dari tepung atau adunan yang terlebih kacau.
Pengenalan

Resepi Muffin Pisang Nutella dan Oat, satu kombinasi 3 bahan utama iaitu pisang, oat dan nutella yang pastinya dapat menghasilkan muffin yang sedap dan menyelerakan. Teksturnya lembap, dan baunya sangat harum ditambah pula dengan keenakan nutella.

Kalau ada pisang yang sudah masak ranum, jangan lah dibuang kerana pisang masak ranum yang kulitnya sudah berbintik-bintik hitam itulah yang paling sesuai dibuat kek atau muffin. Che Nom gunakan pisang berangan untuk resepi ini dan juga gunakan oat segera (instant oat). Anda boleh gunakan rolled oat atau jenis yang lain juga.

Nutella pula diletakkan akhir sekali di atas adunan dan kemudian dilorekkan menjadi bentuk marble atau swirl yang cantik sebelum dibakar. Muffin ini boleh dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang. Resepi di ambil dari laman Chef In Training dan pastinya Che Nom akan buat lagi muffin ni sebab keluarga sangat sukakannya.

Diterbitkan pada 29 Disember 20161.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru