
Resepi Muffin Chocolate Hazelnut
Muffin coklat hazelnut yang lembap dan sedap, dengan serbuk koko serta chocolate chip berkualiti. Sesuai untuk minum petang atau door gift.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 biji telur
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 2 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam
- 3/4 cawan coklat cip
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar nutella
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1/3 cawan kacang hazelnut
- 1 cawan susu full cream
- 1/3 cawan minyak jagung atau mazola
Cara Buat Muffin Chocolate Hazelnut
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
- 2Ayak tepung gandum bersama serbuk baking soda, serbuk baking powder, serbuk koko dan garam.
- 3Dalam mangkuk berasingan masukkan susu, telur, esen vanila, minyak jagung/mazola dan nutella. Kacau sebati.
- 4Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering iaitu bahan ayak tadi.
- 5Kacau dengan menggunakan spatula sehingga sebati. Masukkan coklat cip dan hazelnut yang dicincang kasar.
- 6Sudukan ke dalam muffin cup, 3/4 penuh. Taburkan dengan coklat cip dan bakar selama 20-25 minit. Boleh juga ditabur dengan hazelnut cincang.
- 7Cucuk dengan lidi di tengah dan apabila lidi besih ketika ditarik keluar muffin sudah masak sepenuhnya.
Nilai Nutrisi (Anggaran)
Setiap 1 biji · resepi untuk 12 biji
- Kalori
- 290 kcal
- Protein
- 4.5 g
- Karbohidrat
- 37 g
- Lemak
- 14 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 21 g
- Natrium:
- 240 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Sukatan cawan ditukar: tepung 1 3/4 cawan ~220 g, gula 3/4 cawan ~150 g, minyak 1/3 cawan ~73 g.
- Coklat cip dan minyak jagung menyumbang lebih separuh lemak.
- Natrium datang daripada baking soda, baking powder dan garam.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 3/4 cawan gula kastor bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 150g (cawan US 240ml).
- 1/2 sudu kecil baking soda bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 3g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi muffin chocolate hazelnut yang lembap dan sedap, ditambah dengan rasa lemak dari kacang hazelnut yang dikisar.
Anda perlu menggunakan serbuk koko dan chocolate chip yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan rasa muffin yang enak.
Sesuai untuk dihidangkan pada minum petang, atau boleh juga dipek dengan cantik sebagai door gift.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer

Resepi Ayam Penyet Sambal Ijo (Cara Gerai Indonesia)

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Gaya Restoran Thai

Resepi Keropok Lekor Homemade: Lembut, Kenyal & Tak Liat








