Resepi Mee Udang Istimewa
Mee Udang ala Sg. Dua yang kuahnya pekat manis secukup rasa, memang padu bila guna udang laut segar. Ada keledek dan kentang rebus buat kuah lagi lemak dan memikat selera.

Bahan-bahan
Cara Buat Mee Udang
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan udang laut dengan cara belah belakang dan buang tali hitam di belakang, dan potong janggut. Che Nom tak buang kepala udang sebab ikut cara restoran Sg.Dua.
- 2Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau.
- 3Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak.
- 4Masukkan keledek dan kentang lenyek diikuti air secukupnya. Anda perlu agak-agak kuantiti air, jangan kuah terlalu pekat kerana nanti akak rasa muak.
- 5Masukkan sos cili, sos tomato dan pes tomyam. Masak sehingga kuah mendidih.
- 6Kemudian masukkan udang, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- 7Hidang dengan cara tuang kuah dan udang di atas mee dan taburkan dengan bahan hiasan.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 6 hidangan
- Kalori
- 430 kcal
- Protein
- 22.5 g
- Karbohidrat
- 48.5 g
- Lemak
- 14.5 g
- Serat:
- 3.5 g
- Gula:
- 4.5 g
- Natrium:
- 850 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; 500 g mee dan 500 g udang dikira 6 mangkuk.
- 500 g udang laut bercangkerang dikira 50% isi boleh dimakan.
- Resepi tidak senaraikan garam; 1 1/2 sudu kecil diandaikan untuk seluruh kuah.
- Tauhu goreng, telur rebus, keledek dan kentang dibahagi rata antara 6 mangkuk.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Cara untuk celur mee: Panaskan air sehingga mendidih, masukkan mee dan rendam selama 2-3 minit dan tapis. Bilas dengan air sejuk supaya proses pemanasan terhenti dan mee tidak akan jadi kembang.
Pengenalan
Resepi Mee Udang ala Sg.Dua, Pulau Pinang yang memang istimewa. Keluarga Che Nom sangat suka kan mee udang Sg,Dua yang sedap tak terkira tu sejak dari dulu lagi. Resepi ini diadaptasi dari blog mamak Haji, tetapi Che Nom ubah mengikut barang-barang yang ada kat dapur. Kalau diikutkan penerangan dari resepi, rahsia kesedapan mee udang ini adalah terletak kepada segarnya udang laut yang digunakan dalam kuah.
Kebetulan pula Che Nom memang ada beli udang laut yang besar dan segar kat pasar, jadi teringin sangat nak makan mee udang hasil air tangan sendiri. Jika tak ada udang laut, boleh juga jika nak gunakan udang biasa cuma pastikan udang yang bersaiz besar barulah sedap dan memikat selera jika dihidangkan. Kuah memang agak pekat dan manis secukup rasa kerana adanya keledek dan kentang rebus. Jom cuba :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili







