
Resepi Mee Bandung Sempoi
Prep 20 minMasak 20 minJumlah 40 min
Mee Bandung Sempoi versi one pot, senang dan cepat-semua bahan masuk sekali jadi kuah pekat berperisa. Sesuai masak untuk makan ramai-ramai, telur ikut bilangan orang.
Bahan-bahan
Cara Buat Mee Bandung
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Kuah Mee Bandung
- 1Potong tomato, lobak merah, sawi yang dibahagikan batang dan daunnya.
- 2Hiris nipis isi ayam.
- 3Panaskan minyak dan goreng bawang yang telah digaulkan dengan sedikit garam. Kerapkan mengacau bawang lalu angkat dan toskan minyak selepas ia sudah keperangan.
- 4Kemudian, goreng tauhu sehingga keperangan dan goreng pula udang separuh masak lalu angkat.
- 5Tumis bahan tumbuk kasar sehingga keperangan dan naik bau.
- 6Selepas sudah garing, masukkan cili kisar dan sambung menumis selama anggaran 5 minit.
- 7Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, hirisan isi ayam, dan serbuk lada sulah. Gaul kesemuanya dan sehingga isi ayam masak.
- 8Masukkan air, batang sawi, hirisan lobak merah dan renehkan kuah sebentar.
- 9Masukkan kiub ayam (pilihan), hirisan tomato, udang, garam secukup rasa, sediikit tambahan lada sulah serta gula.
- 10Bancuh tepung jagung bersama air dan tuangkan kedalam kuah. Tuang sedikit dahulu dan lihat tahap kepekatan kuah yang diingini.
- 11Masukkan cili padi untuk tambah pedas kuah.
- 12Letak 4 biji telur dan daun sawi. Kemudian, kuah mee bandung siap dimasak.
- 13Rebus mee dan sediakan bahan-bahan hiasan seperti daun bawang, cili merah serta limau nipis.
- 14Selepas itu, mee bandung siap untuk dihidang bersama bahan-bahan hiasan.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Hi Semua, kali ni Che Nom nk share resepi mee bandung yang mudah. Memang biasa ada dijual di sesetengah restoran.
Cara masak mee bandung ni berbeza, tak sama ye dengan mee bandung muar. Resepi ni lebih kepada one pot meal, maksudnya kita masuk semua sekali, kalau nak makan ramai-ramai dengan family atau kawan-kawan. Memang sesuai sangat.
Nota: Bilangan telur pecahkan ke dalam kuah mengikut jumlah orang makan
Diterbitkan pada 8 April 2021148.5K paparan
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun
30 Mei 2026

Resepi Ayam Belengas Viral
30 Mei 2026

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce
14 Mei 2026

Resepi Set Nasi Kerabu
7 Mei 2026

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam
21 April 2026

Resepi Donut Kampung Lembut Gebu — Tak Serap Minyak & Ada White Ring
9 April 2026








