ResepiCheNom
Kurma Kambing

Resepi Kurma Kambing

Prep 30 minMasak 2 jamJumlah 2 jam 30 minHidangan 10 orang

Kurma kambing pekat berempah, kuah lemak berkrim memang ngam makan dengan nasi minyak, beriani atau nasi putih. Masak sampai daging betul-betul lembut, baru padu.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 1 kg daging kambing1 kg daging kambing
  • 1 senduk minyak1 senduk minyak
  • 2 cawan santan pekat2 cawan santan pekat
  • 3 biji cili hijau atau cili merah, potong dua3 biji cili hijau atau cili merah, potong dua
  • 4 biji kentang, potong dadu besar4 biji kentang, potong dadu besar
  • 1 batang karot. potong dadu besar1 batang karot. potong dadu besar
  • 2 biji bawang besar, belah 42 biji bawang besar, belah 4
  • 1/2 cawan air asam jawa1/2 cawan air asam jawa
  • sedikit gula melakasedikit gula melaka
  • garam secukup rasagaram secukup rasa

Bahan Untuk Bancuhan Pes (Dengan Air)

  • 4-5 sudu besar rempah daging kurma4-5 sudu besar rempah daging kurma
  • 1 sudu besar jintan manis1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar1 sudu besar serbuk ketumbar

Bahan Untuk Tumbuk Halus

  • 8 biji bawang merah8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang bawang putih5 ulas bawang bawang putih
  • 2 inci halia2 inci halia

Bahan Untuk Rempah Tumis

  • 1 batang kayu manis1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang2 kuntum bunga lawang
  • 4 batang cengkih4 batang cengkih
  • 2 tangkai daun kari2 tangkai daun kari

Cara Buat Kurma Kambing

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan rempah tumis dan bahan tumbuk halus. Tumis sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. 2
    Masukkan bancuhan pes rempah, kacau dan masak sehingga pecah minyak. Tuang sedikit air jika rempah terlalu kering dan garing untuk mengelakkan rempah hangus.
  3. 3
    Masukkan kambing dan gaul sebati bersama rempah. Biarkan masak sehingga 5 minit dan tambah sedikit air hingga agak tenggelam daging kambing. Masak sehingga daging menjadi empuk dan lembut.
  4. 4
    Apabila daging sudah lembut, masukkan santan, air asam jawa, karot, kentang, cili hijau dan bawang besar. Masak sehingga bahan tadi empuk.
  5. 5
    Masukkan pula gula melaka dan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan bersama nasi.
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Kurma Kambing yang sesuai dihidangkan bersama nasi minyak, nasi beriani, nasi tomato, nasi hujan panas atau nasi berperisa yang lain mengikut kesukaan anda. Sedap juga kalau dimakan bersama nasi putih dan sambal belacan. Kalau di sebelah utara, kurma kambing memang biasa dihidangkan di kenduri kendara dan rasanya memang sangat sedap.

Pastikan daging dimasak betul-betul lembut dan senang ditarik keluar dari tulangnya. Pastinya masa yang lama diperlukan untuk masak daging kambing sehingga lembut, tetapi jika anda mempunyai pressure cooker, masa dapat dijimatkan.

Kalau tak ada pressure cooker tak apa, ada beberapa petua untuk melembutkan daging seperti masukkan sudu ke dalam masakan dan rebus bersama-sama daging. Ada juga yang petua, basuh dan gaul dulu daging kambing bersama tepung dan kicap selama 1/2 jam sebelum dibilas dan kemudian rebus. Silalah cuba ya :)

Diterbitkan pada 12 November 201526.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru