
Dalca Daging
Resepi Dalca Daging yang memang sangat sedap dan sesuai dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak. Untuk resipi ini Che Nom gunakan kacang dhal Australia atau kacang dhal yang berwarna oren.
Jika anda mempunyai pressure cooker, masa memasak dapat disingkatkan, lebih kurang setengah jam kacang dhal sudah menjadi lembut. Jika tidak mempunyai pressure cooker tidak megapa, rendam kacang dhal selama beberapa jam dan kemudian rebus sehingga lembut. Sila lah cuba ya :)

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 350 gram daging
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 2 cawan santan cair
- 2 cawan santan pekat
- 150 gram kacang dhal
- 3 biji kentang, kupas kulit dan potong 4
- 2 biji cili hijau
- 4 batang kacang panjang, potong panjang 2 inci
- 4 biji terung bulat, potong 4
- 1 biji tomato, potong 4
- 1 biji karot, potong memanjang
- 2 tangkai daun kari
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 biji bawang besar
- 1 batang kayu manis
- 2 biji bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
- 1Rebus kacang dhal sehingga lembut.
- 2Rebus daging sehingga lembut dan hiris nipis. Jangan buang airnya.
- 3Panaskan minyak. Tumis bahan kisar halus, daun kari dan bahan rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan pula rempah kari dan masak sehingga pecah minyak.
- 4Masukkan daging dan air rebusannya, kacang dalca, karot, kentang, cili hijau, asam keping dan juga santan cair. Masak sehingga sayur empuk.
- 5Masukkan santan pekat, tomato dan terung bulat dan masak sehingga lembut.
- 6Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
- 7Angkat dan hidangkan
- •Rempah haruslah dimasak di atas api perlahan sehingga betul pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering kerana takut hangus.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Soalan: santan cair & santan pekat, boleh saya tukar santan kotak? kalau boleh, berapa harus saya catukan?
UmumYa, anda boleh guna santan kotak sebagai pengganti santan segar. Untuk sukatan dalam resipi ini:
- Untuk 2 cawan santan pekat (kira-kira 500ml), anda boleh gunakan santan kotak jenis pekat (full-fat). Ini mungkin bersamaan dengan 2 kotak kecil (200ml setiap satu) ditambah separuh lagi dari kotak ketiga, atau 1 tin besar (biasanya 400ml) ditambah sedikit lagi dari tin lain untuk mencukupkan 500ml.
- Untuk 2 cawan santan cair (kira-kira 500ml), anda boleh campurkan 1 cawan santan kotak (250ml) dengan 1 cawan air (250ml).
Secara keseluruhan, anda mungkin memerlukan kira-kira 750ml santan kotak (contohnya, hampir 4 kotak kecil 200ml atau hampir 2 tin besar 400ml). Seperti yang disebut dalam resipi, jika kuah terlalu pekat, anda boleh tambahkan sedikit air. Selamat mencuba!

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Kari Kambing Sedap
Resepi kari kambing yang sedap, dan sangat sesuai jika dimakan bersama nasi hujan panas, nasi jagung atau nasi minyak. S...
Diterbitkan pada 22 November 2014
Ayam Masak Merah ala Lauk Pengantin
Hi semua, Kali ni Che Nom akan sediakan Ayam Masak Merah ala Lauk Pengantin, yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Mmg...
Diterbitkan pada 28 Ogos 2020

Ayam Masak Merah
Resepi Ayam Masak yang sedap dimakan bersama nasi tomato, Ayam Masak Merah adalah hidangan istimewa di setiap kenduri da...
Diterbitkan pada 9 Julai 2022
Nasi Tomato dan Acar Timun ala Lauk Pengantin
Untuk resepi kali ni Che Nom akan kongsikan resepi Nasi Tomato dan Acar Timun, atau sesetengah orang panggil Jelatah. Se...
Diterbitkan pada 28 Ogos 2020
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...