Resepi Kari Ayam Istimewa
Kari ayam istimewa kuah pekat, wangi santan dan kerisik, memang ngam makan dengan roti jala atau pulut kuning. Nak lagi kick, tambah serbuk cili bagi pedas dan warna lebih cantik.

Bahan-bahan
Cara Buat Kari Ayam
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Kari Ayam
- 1Bersihkan ayam yang sudah dipotong kepada bahagian kecil dan ketepikan.
- 2Bancuh serbuk kari dan serbuk cili bersama sedikit air supaya menjadi pes pekat.
- 3Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A dan B sehingga kekuningan dan naik bau.
- 4Masukkan pes serbuk kari dan serbuk cili tadi. Kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air dan kacau lagi. Ulang proses selama minimum 3 kali.
- 5Setelah bahan tadi pecah minyak, masukkan ayam dan tutup seketika sehingga ayam separuh masak.
- 6Masukkan sedikit air jika takut kari hangus di bahagian bawah.
- 7Masukkan pula santan dan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang empuk dan kuah menjadi pekat.
- 8Masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Siap untuk dihidang
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 450 kcal
- Protein
- 17 g
- Karbohidrat
- 24 g
- Lemak
- 30.5 g
- Serat:
- 4 g
- Gula:
- 2 g
- Natrium:
- 700 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1/2 ekor ayam dianggar 600 g bertulang, 65% isi berkulit boleh dimakan.
- Minyak menumis tidak disenaraikan; 3 sudu besar diandaikan.
- '1 mangkuk santan' dianggar 250 ml santan sederhana pekat.
- Kentang 3 biji (450 g) menyumbang kebanyakan karbohidrat.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Pastikan tumis bahan-bahan sehingga pecah minyak dan ulang proses menambah air beberapa kali. Cara ini bukan sahaja memastikan rempah kari masak sempurna, tetapi juga kuah kari boleh disimpan lebih lama dan enak rasanya.
Video
Pengenalan
Kali ini Che Nom nak kongsikan resepi kari ayam yang sangat sedap jika di makan bersama roti jala ataupun pulut kuning. Apa yang istimewa ialah kari ayam ni kuahnya pekat dan wangi kerana kita masukkan santan pekat bersama sedikit kerisik.
Boleh lebihkan kerisik di dalam kuah jika anda suka. Cuma pastikan kerisik yang digunakan masih segar dan tidak berbau hapak. Kerisik mudah rosak jika disimpan lama pada suhu yang tidak sesuai. Kualiti kelapa juga mempengaruhi rasanya.
Untuk lebih rasa pedas, Che Nom tambahkan sedikit serbuk cili. Selain rasanya pedas yang menjadikan kuah kari kurang rasa muak nya, warna kari juga akan menjadi lebih cantik dan menarik.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus








