Resepi Ikan Kembung Masak Asam Rebus
Ikan kembung masak asam rebus ni menu sihat tanpa minyak, cepat siap dan kuah cair berkuah macam sup. Rasa masam pedas secukupnya, cili boleh ikut selera.

Bahan-bahan
Cara Buat Ikan Kembung Masak Asam Rebus
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Kisar kesemua bahan-bahan untuk kisar halus bersama sedikit air. Tuang ke dalam periuk.
- 2Masak sehingga mendidih. Boleh tambah lagi air kalau nak lebih berkuah.
- 3Masukkan betik muda, serai, daun kesum dan asam keping.
- 4Masukkan pula ikan kembung. Rebus sehingga ikan masak. Ikan Kembung tak perlukan masa yang lama sangat untuk dimasak.
- 5Perasakan dengan garam secukup rasa.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 150 kcal
- Protein
- 13.5 g
- Karbohidrat
- 6 g
- Lemak
- 7 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 1.5 g
- Natrium:
- 780 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 4-5 ekor ikan kembung dianggar 540 g keseluruhan, 60% isi boleh dimakan.
- Ikan kembung ikan berminyak, dikira ~180 kcal/100 g.
- Garam 'secukup rasa' dianggar 1 1/2 sudu kecil; betik muda 1/2 biji ~300 g.
- Masakan rebus tanpa minyak.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Betik muda boleh digantikan dengan nenas.
- Kunyit hidup boleh digantikan dengan serbuk kunyit, tapi kalau guna kunyit hidup lagi sedap lah.
- Kalau tak ada cili hidup, boleh juga kalau nak masukkan sedikit cili kisar atau cili boh sebagai ganti.
- Anda boleh masukkan serbuk perasa jika suka.
Video
Pengenalan
Resepi Ikan Kembung Masak Asam Rebus, menu sihat kerana tidak menggunakan sebarang minyak, dan juga cepat disediakan. Masakan asam rebus ni kuahnya cair sahaja sebab kita nak ia lebih berkuah dan boleh dihirup seperti sup.
Kalau rasa tak sedap badan sesuai masak menu asam rebus ni sebab ianya masam dan pedas secukup rasa.Untuk kepedasan pula, boleh adjust banyak mana cili yang anda suka. Kadang-kadang kalau takda cili hidup Che Nom masukkan sahaja cili kisar sebagai ganti, tetap sedap rasanya.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









