
German Cookies
German Cookies yang juga dipanggil biskut kentang kerana menggunakan tepung kentang sebagai bahan utama.
Biskut ini sangat disukai ramai kerana teksturnya yang gebu dan cair di mulut dan oleh kerana bahannya yang sedikit, rasa sedap biskut sangat dipengaruhi oleh jenis mentega yang anda gunakan.
Kalau boleh guna lah mentega yang berkualiti tinggi.Tepung kentang atau 'potato starch' boleh di dapati di kebanyakan kedai yang menjual barang dan perkakasan bakeri.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 125g mentega
- 125g tepung kentang
- 80g tepung gandum atau tepung superfine
- 40g gula icing, ayak jika berketul
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven pada suhu 170°C.
- 2Ayak tepung kentang dan tepung gandum. Ketepikan.
- 3Pukul mentega dan gula icing sehingga kembang dan warna menjadi pucat.
- 4Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang anda suka.
- 5Rehatkan doh di dalam peti ais selama 1/2 jam supaya doh senang dibentuk.
- 6Bentukkan doh menjadi bebola bulat kecil anggran sebesar biji guli dan susun di dalam dulang. Tekan dengan garfu yang direndam di dalam air panas supaya tidak melekat.
- 7Bakar selama 15-20 minit. Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
- •Biskut tidak perlu dibakar sehingga bahagian bawahnya keperangan.
- •Biarkan biskut sejuk di atas dulang pembakar sebelum dipindahkan ke rak penyejuk biskut untuk mengelakkan bahagian bawahnya pecah kerana biskut ini sangat lembut jika masih panas.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Cheesekut Tiramisu: Creamy, Tak Cair + Teknik Celup Biskut Pantas Untuk Lapisan Jadi Kemas
19 Januari 2026

Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven: Resepi + Panduan Bisnes Lengkap 2026
17 Januari 2026

Cucur Bom Manis Serap Minyak? Ini Teknik Goreng Betul Supaya Rangup & Tak Berminyak
14 Januari 2026

Cucur Bom Manis Rangup & Gebu: Teknik Tepat Supaya Bulat Cantik, Berongga & Tak Serap Minyak
14 Januari 2026

Sambal Penyet Stok: Teknik Goreng Layu + Kisar Kasar + Tumis Pecah Minyak (Tahan Lama & Senang Guna)
12 Januari 2026

Teknik Garam Awal 15 Minit: Ayam Lagi Juicy, Tak Hanyir & Tak Kecut Bila Masak
12 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Ayam Panggang Black Pepper (Juicy & Kulit Rangup)

Cheesekut Tiramisu 5 Bahan (Tanpa Oven, Tanpa Telur) — Paling Mudah & Sedap Sejuk

Sambal Tumis Udang Petai Pekat & Wangi, Cara Che Nom

Bihun Goreng Kunyit Style Kampung

Sambal Tumis Ikan Masam Manis Ala Thai






