Resepi Fettucine Carbonara Udang Dan Cendawan
Fettucine carbonara udang dan cendawan yang creamy tanpa telur, senang sangat nak buat dan cepat siap. Sesuai untuk makan malam ringkas tapi rasa padu.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 100g fettucine kering, ATAU anggaran 1 mangkuk besar fettucine yang sudah direbus
- 3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
- 2 ulas bawang putih, hiris nipis
- 6-7 ekor udang
- 1 cawan whipping cream ATAU thick cream (Che Nom guna jenama Anchor)
- 1/2 cawan susu full cream
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 4 cendawan butang, hiris nipis
- 3 sudu besar serbuk parmesan cheese
- daun ketumbar, untuk taburan
Cara Buat Fettucine Carbonara Udang Dan Cendawan
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- 2Masukkan udang dan cendawan butang dan serbuk lada hitam. Masak seketika sehingga udang separuh masak dan cendawan menjadi lembut.
- 3Masukkan fettucine, whipping cream dan susu full cream. Masak sehingga kuah agak mendidih dan taburkan dengan serbuk parmesan. Kacau sebati.
- 4Perasakan dengan sedikit garam dan gaul dengan hirisan daun ketumbar.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 2 hidangan
- Kalori
- 905 kcal
- Protein
- 27 g
- Karbohidrat
- 47 g
- Lemak
- 68 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 6.5 g
- Natrium:
- 530 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak menyatakan bilangan; 100 g fettucine kering dengan 1 cawan whipping cream dianggar 2 hidangan.
- Whipping cream 1 cawan (240 ml) dan minyak zaitun 3 sudu besar menyumbang ~85% lemak.
- Garam tidak disenaraikan; garam air rebusan pasta dianggar ~600 mg natrium diserap.
- 6-7 ekor udang dianggar 100 g isi.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Gunakan serbuk lada hitam yang baru dikisar supaya rasa lebih fresh dan sedap.
- Anda boleh gantikan cendawan butang dari tin jika tiada cendawan butang segar. Tetapi rasa akan lebih sedap jika gunakan cendawan butang segar.
Pengenalan
Resepi Fettucine Carbonara, pada asasnya adalah pasta jenis fettucine yang dimasak bersama sos carbonara. Sebelum tu Che Nom nak senaraikan jenis pasta yang kebanyakan terdapat di pasar raya seperti spaghetti, fettucine, fusilli, linguine, tagliatelle, penne, macaroni dan banyak lagi. Bezanya adalah dari segi bentuk dan juga kawasan asal-usul pasta ni. Untuk hidangan carbonara, selain fettucine boleh juga digantikan dengan spaghetti.
Resepi ni dikongsikan oleh sahabat baik Che Nom yang sekarang menetap di luar negara, dan tiada telur dalam sos carbonara ni. Mungkin cara ini adalah bertentangan dengan resepi klasik carbonara, tetapi rasanya sangatlah sedap dan sesuai untuk hidangan vegetarian. Akan datang Che Nom akan kongsikan resepi carnonara menggunakan telur di entri yang berlainan. Anda harus cuba resepi ni, mudah dan cepat dihidangkan. Kombinasi udang dan cendawan sangat sedap dan membangkitkan rasa sos carbonara.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









