ResepiCheNom
Daging Masak Kurma Kenduri Dan Cara Buat Kerisik

Resepi Daging Masak Kurma Kenduri Dan Cara Buat Kerisik

Prep 30 minMasak 1 jam 30 minJumlah 2 jamHidangan 30 orang

Daging masak kurma gaya kenduri, kuah pekat rempah korma ditumis pecah minyak, daging lembut dan santan berlemak. Sekali Che Nom kongsi cara buat kerisik yang wangi.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 2 inci halia2 inci halia
  • 4 sb rempah kurma4 sb rempah kurma
  • 5 kilo daging5 kilo daging
  • Rempah 4 sekawan (1 bunga lawang, 4 biji pelaga, 1 kayu manis, 3 cengkih)Rempah 4 sekawan (1 bunga lawang, 4 biji pelaga, 1 kayu manis, 3 cengkih)
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah kecil4 biji bawang merah kecil
  • 3 akar ketumbar3 akar ketumbar
  • 1 batang karot1 batang karot
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 2 biji kentang2 biji kentang
  • 1-2 biji bawang merah besar1-2 biji bawang merah besar
  • 1-2 sb air asam jawa1-2 sb air asam jawa
  • 3 biji cili merah3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau2 biji cili hijau
  • Daun ketumbarDaun ketumbar
  • 2 sb kerisik2 sb kerisik
  • 1 mangkuk santan pekat1 mangkuk santan pekat
  • ATAU 1 kotak kecil santanATAU 1 kotak kecil santan
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa

Cara Buat Daging Masak Kurma

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Penyediaan Kurma

  1. 1
    Potong (pada ketulan besar) kentang, tomato, cili merah & hijau, lobak merah dan bawang besar.
  2. 2
    Potong kasar halia, bawang putih, bawang merah kecil. Hiris nipis daun ketumbar (untuk taburan), akar ketumbar asingkan.
  3. 3
    Tumbuk bahan potong kasar sampai halus (boleh kisar dengan blender kering). Bila dah lumat boleh masukkan akar ketumbar dan tumbuk sikit lagi.
  4. 4
    Bancuh serbuk rempah kurma dengan sedikit air dan ketepikan.
  5. 5
    Rebus daging dengan 2 cawan air sampai lembut.

Untuk Masak Kerisik

  1. 1
    Sangai kelapa parut tanpa minyak sampai kekuningan. Api sederhana.
  2. 2
    Bila dah sedikit perang, perlahankan api dan kacau lagi 5 minit sampai perang sekata / perang pekat.
  3. 3
    Tumbuk / kisar masa kelapa parut masih panas sampai halus dan berminyak.

Untuk Masak Kurma

  1. 1
    Panaskan minyak kemudian tumis rempah 4 sekawan dan bahan tumbuk halus. Kacau sampai kuning dan naik bau.
  2. 2
    Masukkan rempah kurma dan tumis lagi sampai garing. Boleh tambah sedikit air kalau takut hangit.
  3. 3
    Bila dah pecah minyak, boleh masukkan daging rebus, lobak merah dan bawang besar.
  4. 4
    Masak lagi sampai rempah meresap kedalam daging (anggaran 5-10 minit).
  5. 5
    Masukkan air rebusan daging, kentang, santan, air asam jawa, kerisik dan garam. Reneh lagi 5 minit
  6. 6
    Masukkan tomato, cili, dan hirisan daun ketumbar.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Potong kentang dan lobak merah pada ketulan besar supaya tak mudah hancur bila masak nanti.
  • Untuk beli daun ketumbar, cari yang ada akar dan bersihkan akar bersih-bersih.
  • Che Nom rebus daging dengna pressure cooker jadi daging cepat sikit masak.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Che Nom selalunya akan buat kerisik dalam 3 biji kelapa. Bila dan siap boleh pek nipis – nipis dan simpan dalam chiller. Bila nak guna boleh patahkan je.
  • Kalau tak suka daun ketumbar boleh ganti dengan daun sup.
Video
Pengenalan

Sempena hari raya Aidiladha jom kita tengok resepi Daging masak kurma. Kurma tu bukan buah kurma, tapi jenis campuran rempah yang memang khas untuk masakan yang namanya korma.

Lauk ni kalau dekat kampung Che Nom dulu memang wajib ada lah kalau kenduri, kuah tu mesti lah pekat dengan rempah korma yang ditumis sampai pecah minyak, gabung pula dengan rasa daging fresh yang dimasak lembut, kemudian dimasukkan santan untuk rasa kuah lebih berlemak. Ada satu bahan iatu ketumbar yang akan sedapkan lagi rasa masakan ini.

Diterbitkan pada 15 Julai 202254K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru