Resepi Burger Ramly Special Double
Burger Ramly Special Double gaya gerai Malaysia sejak era 80-an. Idea sempena Hari Kemerdekaan, dimasak ringkas dan sedap untuk seisi keluarga.

Bahan-bahan
Bahan
- Roti burger
- Bawang holland
- Timun
- Daun salad
- Marjerin
- Sos Worcestershire
- Sos perasa Maggi
- 2 keping daging burger lembu Ramly
- 1 telur
- Serbuk lada sulah
- 1 keping keju Cheddar
- 1 senduk sos lada hitam
- 2 senduk air
- Sos keju segera
- Mayonis
- Sos cili
Cara Buat Burger Ramly Special Double
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 1 orang
- Kalori
- 1295 kcal
- Protein
- 34 g
- Karbohidrat
- 65 g
- Lemak
- 95.5 g
- Serat:
- 3 g
- Gula:
- 20 g
- Natrium:
- 3100 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi ini untuk SATU burger double lengkap dengan telur, keju, mayonis dan tiga jenis sos.
- Sos dan marjerin tidak disukat; mayonis dianggar 25 g, marjerin 20 g, setiap sos 25-40 g.
- Natrium tinggi datang daripada daging Ramly, sos perasa Maggi, sos lada hitam dan keju.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Untuk salad Che Nom rendam dalam air ais kejap, nanti salad akan jadi lebih segar dan crunchy. Untuk lebih sedap boleh ganti salad iceberg.
- Kena guna api perlahan untuk goreng telur dan ratakan telur dengan cepat.
Video
Pengenalan
Burger Ramly Special menu yang tak asing lagi dengan rakyat Malaysia, video sempena hari kemerdekaan Malaysia yg ke 65. Team Che Nom dapat idea nak buat burger ni selepas kami tonton satu video di YotTube channel Steve Owens. Sangat menarik bagaimana mana seorang bangsa asing tercari-cari burger Ramly di Kuala Lumpur dan cuba makan di gerai tersebut. Dari situ, baru Che Nom sedar yang burger jenama Ramly sangat sinonim dengan rakyat Malaysia, dari semua bangsa dan org luar pun boleh tau.
Walaupun burger ni asal nya makanan barat, tapi cara burger Ramly dimasak di gerai-gerai jalanan sejak tahun 80an sampai lah sekarang memang sangat unik, sangat local dan tersendiri.
Terima kasih kepada pengasas jenama Ramly iaitu Dato Haji Ramly & isteri kerana telah cipta produk yang membanggakan rakyat Malaysia dan tetap masih hebat sampai sekarang.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









