Resepi Begedil Daging
Begedil daging rangup di luar, lembut berinti kentang dan daging, memang ngam makan dengan soto atau bihun sup.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 500 gram ubi kentang
- 150 gram daging kisar
- 1/2 biji bawang besar, didadu
- 2 biji cili merah, dihiris halus
- 2-3 tangkai daun sup, dihiris hallus
- 2 sudu besar bawang goreng
- 1/2 sudu kecil lada sulah
- 1 biji telur ayam
- sedikit garam
Cara Buat Begedil Daging
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Kupas kulit ubi kentang, potong dadu dan goreng sehingga empuk. Angkat dan toskan. Biarkan seketika hingga kurang panas.
- 2Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang didadu, kemudian masukan daging kisar dan masak seketika.
- 3Di dalam mangkuk, hancurkan ubi kentang menggunakan "masher" dan kemudian gaulkan dengan cili merah, daging kisar, daun sup, lada sulah, bawang goreng dan garam secukup rasa.
- 4Buatkan bentuk bulat dan leperkan sedikit.
- 5Pecahkan sebiji telur dan kacaukan sebati menggunakan garfu. Celup begedil dan goreng di dalam minyak yg sudah dipanaskan di dalam kuali. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak
Dah cuba resepi ni? Beri bintang
Tak perlu log masuk.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 12 biji
- Kalori
- 130 kcal
- Protein
- 3.5 g
- Karbohidrat
- 8 g
- Lemak
- 9.5 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 0.5 g
- Natrium:
- 210 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Dibahagi kepada 12 biji begedil
- Minyak diserap dianggar ~35 g semasa goreng kentang dan ~30 g semasa goreng begedil bersalut telur
- Daging kisar dikira jenis 20% lemak; 'sedikit garam' dianggar 1 sudu kecil
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Masa menggoreng, jangan alih begedil sehingga bahagian bawah betul-betul masak supaya begedil tidak menjadi hancur semasa menggoreng.
Pengenalan
Resepi Begedil Daging yang sedap dimakan bersama soto atau bihun sup.
Menggunakan ubi kentang dan daging sebagai bahan utama, Begedil daging taklah begitu sukar untuk disediakan, hanya perlu menggunakan teknik yang betul pasti menjadi,
pastilkan minyak yang digunakan untuk menggoreng begedil ini betul-betul panas untuk menggelakkan daripada minyak daripada melekat pada begedil.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Popia Carbonara Keju Meleleh

Resepi Capati Lembut dan Kuah Kari Ayam Masala

Resepi Kek Puding Karamel Pelangi

Resepi Ayam Golek Pasar Malam Guna Oven

Resepi Tauhu Crispy dan Sambal Kicap









