
Ayam Teriyaki
Resepi Ayam Teriyaki yang berasal dari pengaruh masakan Jepun, sangat sedap dan mudah disediakan. Teriyaki membawa maksud dari dua gabungan perkataan iaitu 'Teri' bermaksud kilatan dari proses karamel gula dalam sos perapan, 'Yaki' pula bermaksud cara memasak dengan memanggang atau menggoreng.
Masakan ini biasanya dihidangkan dengan nasi putih sahaja dan tidak digalakkan dimakan bersama gabungan lauk yang lain. Resepi Teriyaki yang asal terdiri daripada gabungan sos soya dan sake (sejenis wine Jepun dari beras) ataupun mirin. Oleh kerana masakan ini adalah versi halal, Che Nom gantikan sake atau mirin dengan cuka makan (white vinegar) dan boleh juga dicampurkan sekali dengan jus lemon atau jus limau. Anda harus cuba resepi ini :)

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 keping dada ayam
- 1/4 cawan kicap soya cair
- 2 sudu besar cuka makan
- 1 sudu besar parutan halus halia
- 2 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar gula perang atau gula putih
- sedikit minyak masak
- bijan
- daun bawang
- cili merah, jika suka
- 1Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
- 2Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap soya cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
- 3Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Angkat dada ayam dan susun di dalam kuali. Ketepikan sos perapan kerana akan dimasak kemudian.
- 4Biarkan ayam masak sebelah bawah dengan sedikit tanda grill, kemudian alihkan. Angkat setelah ayam masak.
- 5Dalam kuali yang sama, masak sos perapan sehingga mendidih dan sedikit pekat. Tambah sedikit air jika kuah terlalu kering. Tuang sos ke atas ayam tadi.
- 6Taburkan bersama bijan yang disangai, daun bawang dan cili. Hidang bersama nasi putih panas.
- •Jangan masak ayam terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras dan kurang berjus.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Ayam Pandan Thai Istimewa
Resepi Ayam Pandan Thai yang memang sangat sedap dan juga sangat harum aromanya hasil dari bahan perapan dan balutan dau...

Rendang Ayam Aidilfitri ala Chef Wan
Resepi Rendang Ayam, resepi yang diadaptasi dari chef terkemuka kita iaitu Chef Wan. Hidangan yang sedap dimakan bersama...

Ayam Goreng 3X Pedas Ala Mcd
Kali ni Che Nom nak share resepi ayam goreng pedas & rangup, inspirasi dari ayam goreng McDonalds pedas 3x. Pada resepi ...

Ayam Kapitan
Resepi Ayam Kapitan dari chef terkemuka negara iaitu Chef Wan. Pada mulanya bila tengok resepi tersebut rasa macam biasa...

Ayam Masak Sos Tiram Thai
Che Nom kongsikan resepi mudah Ayam Masak Sos Tiram ala Thai, sesuai untuk yang buntu nak masak ayam. Gabungan rasa masam, masin, pedas, manis memang membuka selera.

Ayam Masak Kurma Pekat dan sedap
Che Nom nak kongsikan resepi Ayam Masak Kurma. Sama seperti kari, hidangan ni sangat terkenal di kalangan masyarakat Mel...