Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.
Ayam

Resepi Ayam Sweet Sour

Prep 45 minMasak 20 minJumlah 1 jam 5 minHidangan 3 orang

Resepi Ayam Sweet Sour atau ayam masam manis yang mudah disediakan. Lengkap dengan masa penyediaan dan memasak untuk hidangan 3 orang.

Ayam Sweet Sour

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 300g dada ayam, potong dadu300g dada ayam, potong dadu
  • 3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
  • 1/2 biji capsicum hijau1/2 biji capsicum hijau
  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar
  • 1 biji telur1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 inci halia, hiris nipis1 inci halia, hiris nipis
  • 1 biji tomato, potong dadu1 biji tomato, potong dadu
  • 1 sudu besar sos ikan1 sudu besar sos ikan
  • 4 sudu besar sos cili4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar cili kisar2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • Nenas, potong dadu (pilihan anda)Nenas, potong dadu (pilihan anda)
  • Daun bawangDaun bawang
  • Garam dan gula secukup rasaGaram dan gula secukup rasa

Cara Buat Ayam Sweet Sour

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam.
  2. 2
    Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan.
  3. 3
    Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi lebih pekat.
  4. 4
    Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
  5. 5
    Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah.

Anggaran nutrisi

Setiap 1 orang · resepi untuk 3 orang

Kalori
435 kcal
Protein
35 g
Karbohidrat
29 g
Lemak
19 g
Serat:
3 g
Gula:
14.5 g
Natrium:
1650 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • Minyak menggoreng tiada dalam senarai bahan; serapan 12% dianggarkan pada ayam bersalut.
  • Nenas (pilihan) dikira separuh (~50 g).
  • Garam dan gula 'secukup rasa' dianggar 1 sudu kecil dan 1 sudu besar.
  • Sos cili, sos ikan dan garam menjadikan natrium tinggi.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Ayam Sweet Sour atau Ayam Masam Manis

Diterbitkan pada 13 Julai 201456.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru