ResepiCheNom
Ayam Sambal Bali Anak-Anak Pasti Suka
Ayam

Resepi Ayam Sambal Bali Anak-Anak Pasti Suka

Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 minHidangan 5 orang

Ayam Sambal Bali versi Che Nom ni pedas manis berlemak, kuah pekat memang padu sampai anak-anak pun berselera. Menu viral yang senang buat, sekali cuba mesti nak ulang lagi.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 5-6 biji bawang merah kecil5-6 biji bawang merah kecil
  • 4-5 ulas bawang kecil4-5 ulas bawang kecil
  • 2 biji bawang besar2 biji bawang besar
  • 1 sudu kecil belacan1 sudu kecil belacan

Bahan Untuk Ayam (Separuh Masak )

  • Minyak masakMinyak masak
  • 1/2 ekor ayam1/2 ekor ayam
  • Sedikit garamSedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyitSedikit serbuk kunyit

Bahan Untuk Lain

  • 4 batang serai4 batang serai
  • 2 tangkai daun kari2 tangkai daun kari
  • 1 senduk cili kisar1 senduk cili kisar
  • Sedikit air (untuk berkuah)Sedikit air (untuk berkuah)
  • Sedikit Gula nisan/gula melakaSedikit Gula nisan/gula melaka
  • 2-3 sudu besar kicap manis2-3 sudu besar kicap manis
  • garam secukup rasagaram secukup rasa

Cara Buat Ayam Sambal Bali

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Sediakan ayam goreng separuh masak:
  2. 2
    Sediakan bahan-bahan untuk kisar halus:
  3. 3
    Hiris kasar bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar.
  4. 4
    Masuk semua bahan dalam blender, tambah sikit air dan belacan kemudian boleh kisar halus.
  5. 5
    Titik serai (tak perlu hantu sangat).
  6. 6
    Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
  7. 7
    Panaskan minyak dan goreng ayam sampai separuh masak.
  8. 8
    Tumis serai sampai naik bau.
  9. 9
    Masukkan daun kari.
  10. 10
    Bila dah wangi masukkan bahan kisar halus.
  11. 11
    Kacau sekejap kemudian tambah cili kisar.
  12. 12
    Masak sampai pecah minyak.
  13. 13
    Kemudian masukkan air dari blender dan sambung masak lagi sampai sambal pecah minyak dan warna bertukar jadi sedikit gelap.
  14. 14
    Masukkan ayam yang kita goreng separuh masak tadi.
  15. 15
    Masukkan gula nisan dan kicap manis.
  16. 16
    Tambah sedikit air asam jawa, garam secukup rasa dan serbuk perasa(optional)
  17. 17
    Tutup sekejap supaya ayam cepat masak.
  18. 18
    Boleh tambah sedikit air kalau kering.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Gula nisan akan membuatkan sambal ni bertambah sedap.
Video
Pengenalan

Ayam Sambal Bali yang pernah viral pada suatu ketika dulu, dan ini antara menu yang dah jadi kegemaran keluarga Che nom, rasa rugi kalau tak share recipe dgn anda semua terutama yang belum pernah masak masakan ni.

Che Nom pun kurang pasti macam nama dapat nama Bali tu, sbb kat Bali takde pun menu ni. Apa2 pun janji hasilnya sedap kan?

Diterbitkan pada 17 April 202014.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru