Resepi Ayam Pandan Thai Istimewa
Ayam Pandan Thai ni memang wangi semerbak, ayam diperap sampai mesra rasa lalu dibalut daun pandan dan digoreng rangup.

Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Pandan Thai
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan ayam toskan seketika.
- 2Gaulkan ayam bersama bahan-bahan tumbuk halus dan juga bahan-bahan lain (kecuali daun pandan dan bilah pencucuk gigi). Perap ayam selama minimum 1/2 jam.
- 3Balut ketulan ayam dengan sehelai daun pandan seperti cara membalut ketupat. Tidak perlu terlalu rapat dan ada ruang sedikit. Cucuk dengan bilah pencungkil gigi atau lidi untuk mengelakan dari daun terbuka.
- 4Goreng di dalam minyak panas sehingga masak. Angkat dan hidangkan bersama sos cili Thai dan nasi panas.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 250 kcal
- Protein
- 14.5 g
- Karbohidrat
- 5.5 g
- Lemak
- 18 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 1 g
- Natrium:
- 850 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1/2 ekor ayam dianggar 600 g bertulang, 65% isi boleh dimakan (berkulit).
- Minyak menggoreng tidak disenaraikan; ayam dibalut daun pandan jadi serapan dikira rendah (8%).
- Daun pandan pembalut tidak dimakan dan tidak dikira.
- Sos tiram, kicap cair dan garam menyumbang kebanyakan natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kicap cair sudah masin rasanya, jadi anda harus hati-hati jika meletak garam supaya tidak terlebih masin.
- Jika tiada kunyit hidup, boleh gantikan dengan serbuk kunyit.
- Bahan-bahan pula sekadar anggaran dan anda boleh agak untuk melebihkan atau mengurangkan sesetengah bahan
Pengenalan
Resepi Ayam Pandan Thai yang memang sangat sedap dan juga sangat harum aromanya hasil dari bahan perapan dan balutan daun pandan segar. Resepi ini dipercayai berasal dari Thailand dan biasanya dihidangkan bersama sos pencicah cili Thai yang boleh didapati resepinya di sini.
Ayam dipotong kecil-kecil dan diperap bersama bahan kisar serta bahan-bahan lain. Lagi lama anda perap ayam, lagi sedap rasanya kerana bahan perapan meresap dengan baik ke dalam isi ayam. Terdapat berbagai-bagai versi resepi Ayam Pandan Thai, tetapi bagi Che Nom resepi ini cukup sempurna kerana tidak terlalu kuat bahan rempahnya dan cukup elok sahaja bila digorengkan bersama balutan daun pandan. Sedap dihidangkan bersama nasi panas. Anda harus mencuba resepi istimewa ini.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









