ResepiCheNom
Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan
Ayam

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

Prep 20 minMasak 25 minJumlah 45 minHidangan 25 orang

Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan versi baru yang Che Nom belajar dari orang Nogori, kuah lemak pedas padu. Sekali cuba memang sedap, confirm jadi menu favourite rumah.

Bahan-bahan

Bahan

  • 10-20 tangkai cili padi10-20 tangkai cili padi
  • 2-3 inci kunyit hidup (**Atau sudu besar serbuk kunyit)2-3 inci kunyit hidup (**Atau sudu besar serbuk kunyit)
  • Sedikit airSedikit air
  • 5kg /1 ekor ayam5kg /1 ekor ayam
  • 2 batang serai2 batang serai
  • 2 biji kentang2 biji kentang
  • Santan pekat (dari 1 biji kelapa)Santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • **atau 2 kotak kecil santan segera**atau 2 kotak kecil santan segera
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit1 helai daun kunyit
  • 2 keping asam gelugor2 keping asam gelugor
  • Serbuk perasa (jika suka)Serbuk perasa (jika suka)

Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Api

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Cara Penyediaan Utama

  1. 1
    Cili padi buang tangkai, kentang kupas kulit dan potong 4-6 bahagian, kunyit kikis kulit dan cincang kasar. Serai trim hujung dan titik biar pecah sikit. Daun kunyit (pilihan)koyak kasar (kuah) dan hiris halus 2-3 keping (taburan).
  2. 2
    Kisar agak halus cili padi, kunyit dan sedikit air.
  3. 3
    Grill ayam atas kuali sampai keluar minyak ayam. Masuk bahan kisar halus, serai dan sedikit santan cair. Tutup dan masak sekejap.
  4. 4
    Masuk kentang dan reneh sampai ayam masak.
  5. 5
    Masuk santan pekat, garam, daun kunyit dan asam gelugor.
  6. 6
    Reneh atas api perlahan. Kacau sedikit untuk elak kuah berketul.
  7. 7
    Bila dah mendidih boleh tutup api dan hidang dengan hirisan daun kunyit.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kalau nak lagi pedas boleh ganti cili kampung @ cili burung.
  • Jangan titik serai terlalu hancur takut pecah beserat dalam kuah.
  • Tak perlu letak minyak untuk grill ayam.
Tunjuk semua petua (6)
Petua & Panduan
  • Tambah serbuk kunyit untuk warna (jika perlu).
  • Garam dapat elakkan santan mudah pecah minyak.
  • Kalua pekat sangat, boleh tambah santan pekat, kalau guna santan kotak tambah air putih saja.
Video
Pengenalan

Masakan istimewa untuk kali ini ialah, ayam masak lomak cili api , versi yang baru. Resepi ni Che Nom dapat dari orang Negeri Sembilan, yang baik hati menulis resepi dan ajar cara nya kepada Che Nom.

Masa mencuba buat kali pertama, rasa sedap sangat. Sejak itu memang Che Nom selalu masak sebab dah jadi makanan favourite orang kat rumah.

Diterbitkan pada 22 Disember 2021107.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru