ResepiCheNom
Ayam Masak Kicap Sedap
Ayam

Resepi Ayam Masak Kicap Sedap

Prep 15 minMasak 15 minJumlah 30 minHidangan 5

Ayam Masak Kicap ni mudah je tapi kuahnya pekat, lemak manis dan pedas ngam-ngam. Tumis bahan kisar sampai wangi, masuk ayam dan kicap, siap lauk padu!

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • kunyitkunyit
  • 1/2 ekor ayam1/2 ekor ayam
  • garamgaram
  • 1 mangkuk minyak1 mangkuk minyak
  • 2 sudu besar cili kisar2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos romato3 sudu besar sos romato
  • 2 sudu besar sos tiram2 sudu besar sos tiram
  • kicap maniskicap manis
  • cili merahcili merah
  • sedikit airsedikit air
  • 2 sudu besar air asam jawa2 sudu besar air asam jawa
  • bawang besar, hiris bulatbawang besar, hiris bulat

Bahan Tumbuk Halus

  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah4 biji bawang merah
  • 2 inci halia2 inci halia

Cara Buat Ayam Masak Kicap

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Gaul ayam bersama garam dan kunyit.
  2. 2
    Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. 3
    Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi cukup sekadar untuk tumisan. Masukkan bahan tumbuk halus dan kacau sehingga kekuningan.
  4. 4
    Masukkan cili kisar, sos tiram, sos tomato, dan ayam tadi. Kacau seketikan.
  5. 5
    Masukkan pula kicap, agak-agak sahaja supaya cukup kuahnya, kemudian masukkan cili merah dan sedikit air.
  6. 6
    Tutup dan biarkan ayam masak, masukkan tomato dan bawang besar. Kacau sekejap sahaja anggaran bawang sedikit layu dan padamkan api.
  7. 7
    Angakat dan hidang bersama taburan cili dan daun bawang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Lebihkan minyak dalam tumisan ayam masak kicap kerana masak kicap yang sedap kuahnya mesti pekat berminyak. Boleh dibuang lebihan minyak apabila siap masak.
Video
Pengenalan

Resepi Ayam Masak Kicap yang mudah disediakan dan sedap sangat rasanya. Pasti ramai yang menggemari ayam masak kicap dan ada pelbagai versi cara untuk memasaknya. Apa yang penting kuah masak kicap mestilah pekat, lemak, manis dan pedas secukup rasa.

Untuk resepi kali ini Che Nom letak cili kisar dan juga cili api bagi memekatkan kuah dan pedas nya secukup rasa. Bahan tumisan lebih sedap kalau ditumbuk halus kerana ia juga akan memekatkan kuah. Tapi kalau nak hiris nipis pun boleh juga.

Diterbitkan pada 7 Mei 2019312.1K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru