Ayam Masak Kicap Sambal Gesek 3 Budak Gemuk
Ayam Masak Kicap dan Sambal Gesek ala 3 budak Gemuk ni pernah viral satu ketika dulu, ramai yang cakap, memang sedap makanan yang dijual tu, baru sekarang Che Nom rasa teringin nak buat sendiri. Resepi yang Che Nom nak share ni adalah inspirasi sahaja daripada yang dijual, jadi tak semestinya sama rasanya, tapi versi Che Nom insyallah family suka sangat, siap mintak buat lagi, dah jadi menu tetap keluarga Che Nom. Gabungan ayam masak kicap yang pekat, manis dan berkaremel dan sambal gesek yang pedas terangkat, memang sangat padu. Tak susah nak masak hidangan ni sebenarnya, bahan-bahan pon yang biasa ada kat rumah, tapi hasilnya sangat menambat selera sekeluarga.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 biji bawang besar
- 3-4 biji bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- 25-30 biji cili padi
- limau nipis
- 1 cawan minyak masak
- garam dan gula secukup rasa
- serbuk perasa,jika suka
- ½ ekor /600g ayam
- sedikit garam
- serbuk kunyit
- 1 tangkai daun kari
- 3 biji bawang merah kecil
- 2 ulas bawang putih
- ½ inci halia
- 3 biji cili padi
- ½ biji bawang besar
- anggaran ¼ cawan kicap pekat manis
- 2 sudu besar air asam jawa
- 2 sudu besar sos tiram
- ½ sudu besar gula melaka
- 1Potong kasar bawang merah, bawang merah kecil, bawang putih, dan cili padi.
- 2Panaskan minyak dan goreng bahan potongan sehingga lembut lalu mengangkatnya.
- 3Kisar atau tumbuk kasar bahan yang telah digoreng bersama garam, gula secukup rasa dan sedikit serbuk perasa (pilihan).
- 4Perah jus limau nipis kedalam sambal untuk menjadikan ia lebih sedap dan gaul kesemua bahan.
- 1Letakkan sedikit garam dan serbuk kunyit didalam ayam. Gaul sehingga rata dan perap ayam untuk seketika.
- 2Tumbuk kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia dan cili padi.
- 3Goreng ayam sehingga ayam masak tetapi tidak terlalu garing dan kemudian, angkat ayam.
- 4Tumis bahan tumbuk kasar lalu masukkan daun kari. Tumis bahan-bahan tersebut sehingga kekuningan dan naik bau.
- 5Masukkan kicap pekat manis, air asam jawa, sos tiram, dan gula melaka.
- 6Masukkan ayam goreng kedalam kuah kicap dan tambah sedikit air jika kuah terlalu kering.
- 7Masukkan hirisan bawang besar dan renehkan ayam sehingga masak sebati bersama kuah masak kicap,
- 8Kemudian, ayam masak kicap ala 3 budak gemok siap untuk dihidang bersama sambal gesek..
- •Boleh tambah minyak gorengan pada sambal gesek untuk lebih sedap
- •Untuk ayam masak kicap, minyak janganlah terlalu sedikit nanti masakan menjadi kurang sedap,
- •Masakan bagi ayam masak kicap ala 3 budak gemok memang kering dan kuahnya bersalut pada ayam.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Kek Coklat Moist Moist Ketagih Viral
Kali ni Che Nom nak share resepi kek yang viral iaitu kek coklat moist bikin ketagih. Kek ni sebenarnya kek coklat moist...
Diterbitkan pada 13 Januari 2025

Ayam Masak Kicap Sedap
Resepi Ayam Masak Kicap yang mudah disediakan dan sedap sangat rasanya. Pasti ramai yang menggemari ayam masak kicap dan...
Diterbitkan pada 7 Mei 2019

Buko Pandan
Che Nom akan share dessert yang sangat sedap iaitu buko pandan salad yang asalnya dari Filipina, yang pernah viral suatu...
Diterbitkan pada 20 Jun 2022

Soft Chocolate Chip Cookies
Soft Chocolate Chip Cookies sedap sangat kalau buat snek malam-malam, makan pulak masa fresh keluar dari oven lepastu cicah susu sejuk memang syahdu.
Diterbitkan pada 26 Jun 2024

Kuih Nona Manis yang Lembut Sedap
Resepi Kuih Nona Manis yg lembut, harum dan menarik rupa bentuknya. Bahagian luar yg hijau rasanya manis, dan dilengkap...
Diterbitkan pada 15 November 2019
Tauhu Begedil Dan Sambal Kicap Yang Padu
Tauhu begedil yang pernah viral suatu ketika dulu tapi sekarang masih ramai yang sukakan menu ni dan juga menjadi punca ...
Diterbitkan pada 23 Mac 2021
Resepi Terbaru

Bubur Chacha
Dessert klasik lemak manis penuh dengan tekstur cha cha kenyal, keledek lembut, jagung rangup, dan sagu jernih yang memikat selera.

Kari Kepala Ikan Jenahak
Resepi kari kepala ikan jenahak pekat dan padu, dengan tips tumis pecah minyak untuk aroma wangi semerbak macam di kedai mamak!

Ikan Siakap Masak Asam
Kuah pedas masam yang wangi dan seimbang, disajikan bersama ikan siakap goreng garing yang pasti membuka selera.

Mee Kari Putih Penang
Mee kari dengan kuah putih yang ringan dan jernih, dihidang bersama sambal tumis udang kering yang padu dan lazat.

Bihun Goreng Sarapan Pagi
Resepi bihun goreng yang mudah dan sedap, lengkap dengan tips supaya bihun lembut dan tidak hancur, sesuai untuk sarapan sekeluarga.

Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik
Ikan kembung bakar wangi dicicah dengan air asam kerisik pedas masam yang padu, confirm bertambah nasi!
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...