Resepi Ayam Masak Halia Paling Sedap
Resepi Ayam Masak Halia ni mudah je tapi rasa dia memang padu, sesuai untuk hidang keluarga. Makan dengan nasi panas, memang bertambah-tambah.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 500 gram ayam, potong kecil
- 4 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 cm halia, dihiris halus memanjang
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
- 1 biji cili merah, hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
- 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- minyak masak, untuk goreng ayam
- sedikit lada sulah atau lada hitam
- sedikit garam dan kunyit
- garam dan gula, secukup rasa
Cara Buat Ayam Masak Halia
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- 2Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
- 3Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
- 4Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
- 5Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- 6Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 230 kcal
- Protein
- 12 g
- Karbohidrat
- 6.5 g
- Lemak
- 16 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 2 g
- Natrium:
- 760 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 500 g ayam bertulang dikira 65% isi boleh dimakan, berkulit.
- Ayam digoreng dahulu; serapan minyak dikira 10% berat isi.
- Kicap cair, sos tiram dan garam secukup rasa menyumbang natrium.
- Gula secukup rasa dianggar 1 sudu kecil.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.
Video
Pengenalan
Salam semua. Kali ini Che Nom nak kongsikan resepi masakan ayam yang mudah dan sangat sedap iaitu Resepi Ayam Masak Halia.
Kadang kala kita tak perlu bersusah payah untuk masak sesuatu yang terlalu complicated untuk dihidangkan kepada keluarga.
Cukup sekadar masakan yang mudah tapi istimewa hidangan air tangan sendiri, dan dipadankan pula dengan nasi yang panas. Memang sedap! Sila lah cuba resepi ini ya.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









