ResepiCheNom
Ayam Berempah Buat Berniaga Pasti Laris
Ayam

Resepi Ayam Berempah Buat Berniaga Pasti Laris

Prep 30 minMasak 20 minJumlah 50 minHidangan 10 orang

Ayam goreng berempah rangup dan wangi, memang ngam makan dengan nasi lemak atau pulut.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kisar

  • 6 ulas bawang putih6 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah kecil4 biji bawang merah kecil
  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar
  • 2 inci halia2 inci halia
  • 5-6 batang serai5-6 batang serai
  • 1 inci lengkuas1 inci lengkuas
  • Sedikit airSedikit air

Bahan Untuk Lain-Lain

  • 1 sb serbuk cili1 sb serbuk cili
  • 2 sb biji ketumbar2 sb biji ketumbar
  • 1 ekor ayam1 ekor ayam
  • 1.5 sb rempah kari1.5 sb rempah kari
  • 1/2 sb serbuk kunyit1/2 sb serbuk kunyit
  • 1/2 sb serbuk jintan manis1/2 sb serbuk jintan manis
  • 2-3 sk garam2-3 sk garam
  • 1 sb sos tiram1 sb sos tiram
  • Daun kariDaun kari
  • 2-3 sb tepung beras2-3 sb tepung beras
  • 2 sk serbuk perasa2 sk serbuk perasa

Cara Buat Ayam Berempah

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Perap Ayam

  1. 1
    Cincang kasar bawang putih, bawang merah kecil, bawang besar, halia dan lengkuas (pilihan).
  2. 2
    Serai trim buang bahagian keras dan buang lapisan kulit luar yang layu atau kering. Potong serai anggaran 2-3 cm.
  3. 3
    Masukkan kesemua bahan potong tadi dalam blender. Tambah sedikit air dan kisar halus.
  4. 4
    Tumbuk kasar biji ketumbar (kalau nak kisar sekali dengan bahan potong tadi atau guna serbuk ketumbar pon boleh tapi Che Nom guna yang biji sebab nak texture kasar-kasar sikit).
  5. 5
    Untuk ayam, bahagian paha kelar sikit sebab bahagian ni lambat masak takut berdarah lagi bila goreng nanti.
  6. 6
    Perap ayam dengan rempah kari, serbuk cili (boleh ganti cili kisar), serbuk kunyit, serbuk jintan manis, garam, sos tiram, biji ketumbar, serbuk seasoning, daun kari dan bahan kisar halus.
  7. 7
    Gaul sebati kesemua bahan.
  8. 8
    Tambah sedikit tepung beras (tips untuk bahan perapan melekat lebih elok) dan sedikit air. Sambung gaul.
  9. 9
    Dah siap gaul boleh tutup dan perap minimum 1/2 jam, lagi lama lagi baik seelok-eloknya semalaman.

Untuk Goren

  1. 1
    Panaskan minyak dan goreng ayam.
  2. 2
    Boleh alihkan ayam dan kacau-kacau sikit.
  3. 3
    Bila ayam dah garing boleh angkat dan toskan minyak.
  4. 4
    Kaup keluar rempah yang mendap dalam kuali sebelum goreng ayam batch kedua.
  5. 5
    Ulang goreng ayam sampai habis.
  6. 6
    Boleh goreng daun kari dan baki rempah perapan sebagai hiasan.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Ayam Che Nom potong 10, kalau nak kecil sikit boleh potong 16.
  • Serai kena potong agak panjang (anggaran 2-3cm) untuk dapatkan texture halus bertali nanti. Kalau nak kisar asing pon boleh, boleh adjust kasar macam mana nak, tapi Che Nom kisar je semua sekali.
  • Pastikan minyak untuk goreng ayam banyak dan ayam tenggelam
Tunjuk semua petua (6)
Petua & Panduan
  • Minyak perlu panas supaya perapan melekat elok pada ayam masa mula goreng, kalau tak panas nanti perapan jatuh.
  • Jangan goreng ayam banyak-banyak dalam satu-satu masa takut suhu minyak turun dan cepat sejuk.
  • Api sederhana jangan kuat sangat takut rempah dekat luar jadi hitam tapi isi ayam bahagian dalam tak belum masak.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak kongsi resepi ayam goreng berempah, yang sesuai sangat kalau kita makan dengan nasik lemak, nasi putih bersama gulai kea tau dengan pulut kukus pun sedap.

Mula-mula Che Nom akan tunjuk cara untuk sediakan rempah perapan ayam menggunakan bahan-bahan fresh dan juga rempah kering. Kemudian kita perap ayam dengan rempah perapan yang bersalut dan melekat untuk perapan yang lebih baik.

Tips menggoreng ayam supaya masak sekata, hasil gorengan yang ‘golden brown’, dan juga cara untuk dapat serbuk rempah gorengan yang tak hitam juga ada dikongsi. Bila hidang, kita tabur dengan serbuk-serbuk garing rempah baru lah nampak lebih menarik.

Diterbitkan pada 21 Januari 2023125.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru