Maklumat Resepi

Tart Nenas Cheese Bar

Tart Nenas Cheese Bar

Kali ni Che Nom nak share resepi tart nenas versi yang sangat menarik iaitu Tart Nenas Cheese Bar. Bahan asas nya sama mcm tart nenas biasa, cuma teknik untuk melapis tu yang sangat penting untuk guna cara yang mudah dan efficient.

Bahagian doh Che Nom adun menggunakan Anchor pure New Zealand butter. Diperbuat daripada 100% susu segar dari New Zealand. Sangat sedap, buttery dan berkrim rasanya.

Cukup harum dan premium rasanya, gebu dan cair di mulut, kena sangat bila dimakan dengan lapisan jem nenas. Ditambah rasa rangup-rangup lemak dari keju cheddar yang dibakar, confirm laku keras kalau buat untuk hari raya nanti.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan tart nanas kiub:
    • 450g inti nanas
    • 250g Anchor salted butter
    • 3 sb gula aising
    • 1 biji kuning telur
    • 1 sk esen vanila
    • 2 sb susu tepung
    • 1/2 cwn /60g tepung jagung
    • 2 3/4 /330g cwn tepung gandum (letak sikit-sikit)
    • 30g parutan keju cheddar
  • Bahan-bahan sapuan telur:
    • 1 biji kuning telur
    • Sedikit pewarna oren/kuning
    • Madu (pilihan)

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk jam nanas:
    1. Lapik loyang (saiz 9x9 inci) dengan kertas baking.
    2. Ratakan inti nanas dalam loyang kemudian simpan lapisan inti dalam peti ais.
  2. Cara-cara untuk tart:
    1. Pukul mentega dengan gula aising kemudian masukkan kuning telur dan sambung pukul sampai halus berkrim.
    2. Masukkan esen vanilla, susu tepung full cream (atau susu sejat), tepung jagung dan tepung gandum (tambah tepung gandum sikit-sikit sampai dapat doh yang mudah dibentuk).
    3. Timbang dan bahagi doh kepada dua bahagian sama berat.
    4. Lapik 2 loyang (9x9 inci) dengan kertas baking dan ratakan kedua-dua doh tadi.
    5. Simpan dalam peti ais sejuk beku.
    6. Selepas doh dan inti dah keras, keluarkan dari peti ais dan susun (lapisan paling bawah doh, lapisan kedua inti nanas dan akhir sekali lapisasn doh yang kedua).
    7. Gaul kuning telur dengan pewarna oren dan madu.
    8. Sapu kuning telur tadi atas lapisan tart (boleh ganti dengan susu pekat).
    9. Potong kepada 8x8 bahagian kemudian tabur dengan parutan keju.
    10. Susun atas loyang dan bakar suhu 150°C selama 25-30 minit (Che Nom letak rak paling bawah sebab keju ni cepat perang).
    11. Sejukkan tart sebelum simpan dalam bekas kedap udara.

Tip:

  • 1. Biarkan butter lembut (tapi masih sejuk) sebelum pukul. Potong kiub kecil-kecil untuk cepatkan butter lembut.
  • 2. Nak mudah ratakan inti nanas dan doh, boleh lapik doh dan inti dengan kertas baking atau plastik makanan atas sekali. Che Nom guna spatula untuk ratakan.
  • 3. Sebelum sukat, gembur-gembur dulu tepung.
  • Masukkan 2 cwn tepung gandum dulu, selepas 2 cwn tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sampai dapat texture doh yang lembut dan mudah dibentuk.
  • Che Nom sapu kuning telur atas tart untuk dua tujuan, pertama supaya tart Nampak menarik dan yang kedua supaya parutan cheese melekat.
  • Kalau nak tart yang lebih comel, boleh guna loyang 10 inci. Potong 10 x 10 dapatlah 100 ketul.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan: