Resepi Samosa
Samosa rangup dengan inti daging berempah, sedap cicah sos atau makan begitu saja. Kalau tak makan daging, boleh je tukar guna ayam ikut selera.

Bahan-bahan
Cara Buat Samosa
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Inti
- 1Rebus kentang separuh masak dan toskan.
- 2Panaskan minyak dan tumis bawang besar, kemudian diikuti bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
- 3Bancuh serbuk rempah kari dengan sedikit air, dan tuang ke dalam bahan tumis tadi.
- 4Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak. Kalau minyak agak berkurangan, boleh tambahkan lagi minyak supaya rempah masak sempurna.
- 5Apabila rempah sudah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak, masukkan daging atau ayam kisar. Kacau sehingga daging masak.
- 6Masukkan karot (atau sayur campur). Masak sehingga karot lembut kemudian diikuti kentang.
- 7Perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
- 8Angkat dan sejukkan. Apabila inti telah sejuk, boleh di balut dengan kulit popia.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 25 hidangan
- Kalori
- 125 kcal
- Protein
- 2.5 g
- Karbohidrat
- 12.5 g
- Lemak
- 7 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 1.5 g
- Natrium:
- 160 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; 500 g kentang + 150 g daging cincang dianggarkan menjadi 25 biji samosa.
- Kulit popia 'secukupnya' dianggar 10 g sebiji (250 g keseluruhan).
- Minyak menggoreng dikira 10% serapan pada ~1.35 kg samosa.
- Garam 'secukup rasa' dianggar 1½ sudu kecil untuk seluruh inti.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 3 biji kentang saiz besar atau 500 g kentang, dipotong dadu bersamaan berapa cawan?
- ± 3 ⅓ cawan (cawan US 240ml).
- 3 sudu besar rempah kari daging bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 23g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Samosa yang disediakan bersama inti daging.
Boleh diganti dengan ayam.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









