ResepiCheNom
Sambal Belacan Ala Kedai Tomyam Thai

Resepi Sambal Belacan Ala Kedai Tomyam Thai

Prep 10 min

Che Nom share sambal belacan ala kedai tomyam Thai, guna bawang mentah tanpa perlu masak tapi rasa padu. Memang ngam cicah dengan ayam paprik atau nasi goreng USA.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 2-3 biji cili merah2-3 biji cili merah
  • 10 tangkai cili padi10 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang holland½ biji bawang holland
  • ½ biji tomato½ biji tomato
  • 1 inci belacan1 inci belacan
  • 1-2 sudu kecil gula1-2 sudu kecil gula
  • ½ sudu besar serbuk perasa½ sudu besar serbuk perasa
  • Sedikit airSedikit air
  • Garam, secukup rasaGaram, secukup rasa
  • Jus limau nipis, secukup rasaJus limau nipis, secukup rasa

Cara Buat Sambal Belacan Ala Kedai Tomyam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong kasar cili padi, cili besar, bawang putih, bawang holland dan tomato.
  2. 2
    Potong limau nipis,
  3. 3
    Masuk dalam blender bahan potong kasar, belacan bakar, gula nisan, serbuk perasa (MSG), garam dan sedikit air.
  4. 4
    Perah jus limau nipis dan kisar halus.
  5. 5
    Masukkan dalam mangkuk dan adjust dengan garam dan jus limau nipis.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Boleh tambah sos ikan jika suka.
Video
Pengenalan

Kali ini Che Nom nak share resepi Sambal Belacan Ala Kedai Tomyam Thai.

Sambal belacan ni diletak bawang tanpa perlu masak dan ini memang carasesetengah kedai tomyam.

Sambal belacan ni memang terbaik kalau makan dengan Ayam Paprik atau Nasi Goreng USA.

Diterbitkan pada 13 April 202221.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru