Sambal Ayam Hijau
Hi semua, kali ni tema masakan Che Nom adalah hijau…Che Nom nk masak ayam sambal hijau. Favourite ni. Masakan ni di ilhamkan dari masakan padang, tapi bukanlah resepi original…Che Nom olah masak ikut citarasa sendiri aja, ikut mudah dapur sendiri. Rasa ayam sambal hijau ni mestilah pedas (atau sangat pedas), masam dan manis secukup rasa. Masam dan manis tu penting tuntuk seimbangkan rasa pedas dari cili, baru lah terangkat bila makan panas-panas. Pendek kata wajib cuba lah.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 4 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 3 biji buah keras
- 6-7 biji cili hijau besar
- 25-30 biji cili padi hijau
- 1½ ekor ayam
- ½-1 sudu kecil garam
- sedikit serbuk kunyit
- 1 cawan minyak masak
- 1 batang serai
- 3 helai daun limau purut
- 2 helai daun salam kering
- ½ biji bawang besar
- garam dan gula secukup rasa
- ¼ kiub pati ayam
- sedikti air
- perahan jus dari ½-1 biji limau nipis
- 1Cincang kesemua bahan bagi bahan kisar halus dan bahan kisar kasar.
- 2Rebus bahan kisar kasar yang telah dicincang iaitu cili hijau, dalam anggaran 3-4 minit selepas air sudah mendidih. Kemudian, tapis bahan kasar lalu masukkan ke dalam air yang bersuhu bilik.
- 3Selepas direndam sekejap di dalam air, tapis dan kisar cili hijau tersebut secara kasar.
- 4Kisarkan bahan-bahan kisar halus seperti bawang merah, bawang putih, halia dan lain-lain sekaligus.
- 5Potong sebiji bawang besar secara dadu.
- 6Masukkan sedikit garam dan kunyit kedalam ayam selepas dibasuh bersih lalu gaulkan sampai sekata.
- 7Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak.
- 8Selesai digoreng ayam, masukkan bahan kisar halus dan bahan-bahan lain seperti serai, daun limau dan daun salam. Masak sehingga kekuningan kesemuanya dan naik bau.
- 9Masukkan cili hijau kisar kasar serta bawang besar yang dipotong dadu.
- 10Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan gula agar dapat seimbangkan dengan rasa pedas cili hijau di dalam sambal.
- 11Masukkan ayam goreng dan gaul sehingga kesemua bahan-bahan bersalut rata.
- 12Taburkan sedikit kiub pati ayam dan sedikit air.
- 13Masak dan gaul ayam sambal hijau dalam 5-10 minit. Kemudian, tutup api.
- 14Perahkan jus limau nipis kedalam masakan dan ayam sambal hijau siap untuk dihidang.
- •Kiub pati ayam adalah pilihan untuk dimasukkan kedalam masakan.
- •Limau nipis boleh digantikan dengan asam keping. Namun, harus dimasukkan ketika sambal dimasak bukan selepas sambal siap dimasak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
5 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
5 Januari 2026

Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada






