Resepi Paprik Seafood Ala Thai
Paprik Seafood ala Thai yang pekat, pedas manis dan wangi, guna sotong serta udang segar. Jangan lupa sos ikan, itu rahsia rasa macam kedai Thai.

Bahan-bahan
Cara Buat Paprik Seafood
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama halia. Kemudian masukkan serai dan cili kisar.
- 2Apabila pecah minyak dan naik bau, masukkan udang dan sotong.
- 3Masukkan daun limau purut, cili padi dan sayuran seperti kacang panjang, kubis bunga, jagung kecil dan karot.
- 4Masukkan bahan sos dan kacau sehingga masak. Tambah air jika kuah agak kering.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 4 hidangan
- Kalori
- 290 kcal
- Protein
- 20.5 g
- Karbohidrat
- 26 g
- Lemak
- 11.5 g
- Serat:
- 2.5 g
- Gula:
- 10 g
- Natrium:
- 1290 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan hidangan; dianggarkan 4 hidangan.
- Sotong 4-5 ekor dianggarkan 450 g berat kasar (70% isi) dan udang 8 ekor 160 g (60% isi).
- Sayur (kacang panjang, jagung kecil, bunga kubis, karot) tidak disukat; dianggarkan 430 g kesemuanya.
- 'Sedikit minyak' untuk menumis dianggarkan 3 sudu besar; sos ikan, sos tiram, kicap manis dan sos cili menyumbang natrium yang tinggi.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Penting untuk anda mengagak sendiri bahan-bahan untuk sos. Jika kuah terlalu sedikit, boleh tambah lagi sos.
- Seafood pula jangan dimasak terlalu lama kerana nanti terlebih masak dan keras.
Video
Pengenalan
Resepi Paprik Seafood yang pasti boleh menandingi kesedapan paprik jika dibandingkan dengan restoran Thai. Kunci utama kepada sedapnya masakan ini ialah seafood dan bahan- bahan yang segar.
Bagi mendapatkan rasa ala Thai, jangan lupa letakkan sos ikan kerana itulah bahan utama yang selalu digunakan oleh tukang masak Thai, terutamanya masakan seafood.
Che Nom gunakan sotong dan udang untuk resepi ni, boleh ditambah lain-lain seafood kegemaran anda. Memang sedap dan anda harus cuba resepi istimewa ini.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









