ResepiCheNom
Nasi Goreng Usa

Resepi Nasi Goreng Usa

Prep 30 minMasak 45 minJumlah 1 jam 15 min

Nasi Goreng USA ala Thai yang padu, nasi goreng sayur dengan ayam atau seafood, siap dengan daging masak merah dan telur mata. Memang sedap, sekali cuba terus jatuh hati.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Tumis

  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang holland½ biji bawang holland
  • 10-12 tangkai cili padi10-12 tangkai cili padi
  • **Ambil serba sedikit kesemua bahan di atas dan tumbuk kasar untuk nasi goreng**Ambil serba sedikit kesemua bahan di atas dan tumbuk kasar untuk nasi goreng

Bahan Untuk Nasi Goreng

  • Bahan tumbuk kasar (yang bertanda **)Bahan tumbuk kasar (yang bertanda **)
  • 1 sudu besar cili kisar1 sudu besar cili kisar
  • ½-1 batang lobak merah½-1 batang lobak merah
  • ½ cawan udang½ cawan udang
  • 3-4 cawan nasi3-4 cawan nasi
  • 2 sudu besar kicap cair2 sudu besar kicap cair
  • Sedikit serbuk lada sulahSedikit serbuk lada sulah
  • 2-3 batang kacang panjang2-3 batang kacang panjang
  • 1 biji telur1 biji telur
  • Sedikit serbuk lada sulahSedikit serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa

Bahan Untuk Daging Masak Merah

  • 2-3 sudu besar minyak masak2-3 sudu besar minyak masak
  • Hirisan bawang putih dan cili padi (dari bahan di atas)Hirisan bawang putih dan cili padi (dari bahan di atas)
  • 2 sudu besar sos tomato2 sudu besar sos tomato
  • Anggaran 300g daging rebus bersama pewarna merahAnggaran 300g daging rebus bersama pewarna merah
  • 2 sudu besar sos cili2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos tiram
  • air rebusan dagingair rebusan daging
  • 1 sudu besar sos ikan Thai1 sudu besar sos ikan Thai
  • ½ sudu besar cili pes Thai (pilihan)½ sudu besar cili pes Thai (pilihan)
  • 1 sudu besar cili kisar1 sudu besar cili kisar
  • Gula secukup rasaGula secukup rasa
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 2-3 helai daun limau purut2-3 helai daun limau purut
  • 4 putik jagung4 putik jagung
  • Hirisan bawang HollandHirisan bawang Holland

Bahan Untuk Telur Goreng

  • Minyak masakMinyak masak
  • TelurTelur

Cara Buat Nasi Goreng Usa

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Nasi Goreng

  1. 1
    Tumbuk kasar serba sedikit hirisan nipis bawang holland, bawang putih dan cili padi.
  2. 2
    Tumis bahan-bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. 3
    Masukkan cili kisar, lobak merah yang didadu dan udang.
  4. 4
    Selepas udang kelihatan sudah separuh masak, masukkan nasi, kicap cair, sedikit serbuk lada sulah, dan hirisan kacang panjang.
  5. 5
    Tepikan nasi dan masukkan telur ditengah;. Tabur sedikit serbuk lada sulah diatas telur dan masak sehingga separuh masak lalu gaul telur bersama nasi.
  6. 6
    Tambah garam secukup rasa dan teruskan menggoreng sehingga nasi goreng masak kering.

Untuk Daging Masak Merah

  1. 1
    Rebus daging bersama sedikit air dan pewarna merah sehingga daging menjadi lembut. Simpan air rebusan daging.
  2. 2
    Panaskan minyak lalu tumis baki hirisan bawang holland, bawang putih dan cili hijau.
  3. 3
    Masukkan sos tomato, sos cili, hirisan daging, sos tiram, air rebusan daging, sos ikan Thai, cili pes Thai (pilihan) dan cili kisar.
  4. 4
    Masukkan sedikit gula secukup rasa, potongan tomato, daun limau purut, sayur putik jagung dan hirisan bawang holland.
  5. 5
    Tambah air untuk lebihkan kuah.

Untuk Nasi Goreng Usa

  1. 1
    Panaskan minyak dan goreng telur.
  2. 2
    Hidang nasi goreng bersama daging masak merah serta telur goreng dan juga ulam-ulaman seperti salad mahupun timun. Tabur sedikit daun bawang sebagai hiasan.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Selain meletakkan udang didalam nasi goreng, boleh sahaja digantikan dengan sotong atau ayam.
  • Sambal belacan juga boleh dijadikan tambahan bagi hidangan Nasi Goreng USA disamping daging masak merah dan ulam-ulaman.
Video
Pengenalan

Menu kali ini ialah Nasi Goreng USA ala Thai. Menu nasi yang digoreng dengan sayur dan seafood ataupun ayam, dihidangkan pula bersama daging masak merah dan telur goreng atau telur mata. Masakan yg memang cukup sedap membuka selera.

Daging masak merah tu sama saja macam resepi yang lepas, daging kita rebus dengan sedikit pewarna merah sampai lembut dan empuk, hiris nipis kemudian masak.

Walaupun ada sumber yang mengatakan singkatan USA tu sebenarnya ialah udang, sotong dan ayam, bukan United States of America, tapi Che Nom kongsi berdasarkan menu yang biasa terdapat di restoran Ala Thai atau restoran Melayu. Jadi untuk video kali ni, kita focus pada kombinasi menu Nasi Goreng USA yang biasa terdapat di restoran tempatan.

Diterbitkan pada 18 Disember 202126.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru