ResepiCheNom
Nasi Goreng Cendawan Istimewa

Resepi Nasi Goreng Cendawan Istimewa

Prep 15 minMasak 10 minJumlah 25 min

Nasi Goreng Cendawan Istimewa ni senang je, guna cendawan tiram dicarik bagi aroma wangi dan rasa padu. Tambah cili padi dan sayur ikut selera, memang jadi!

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 3 cawan nasi sejuk3 cawan nasi sejuk
  • sedikit minyak untuk menumissedikit minyak untuk menumis
  • bawang merah, hiris halusbawang merah, hiris halus
  • bawang putih, hiris halusbawang putih, hiris halus
  • cili padi, hiris haluscili padi, hiris halus
  • isi ayamisi ayam
  • sos tiramsos tiram
  • sotongsotong
  • lada sulahlada sulah
  • karotkarot
  • telurtelur
  • kacang panjangkacang panjang
  • cendawan tiram, carik kasarcendawan tiram, carik kasar
  • garamgaram
  • serbuk secukup rasa, jika sukaserbuk secukup rasa, jika suka

Cara Buat Nasi Goreng Cendawan

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris halus.
  2. 2
    Masukkan cili padi dan isi ayam. Kacau sehingga ayam separuh masak.
  3. 3
    Masukkan sos tiram, sotong, lada sulah dan karot yang dipotong dadu tadi.
  4. 4
    Tolakkan sedikit bahan-bahan ke tepi dan pecahkan sebiji telur dan kacau hancur. Taburkan sedikit lada sulah di atas telur hancur supaya telur hilang bau hanyir nya.
  5. 5
    Masukkan nasi sedikit demi sedikit dan kemudian masukkan pula kacang panjang dan cendawan tiram.
  6. 6
    Kacau sehingga sebati dan cendawan menjadi sedikit layu.
  7. 7
    Taburkan sedikit garam dan serbuk cukup rasa.
  8. 8
    Angkat dan hidangkan bersama cili potong jika suka.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk hasil nasi goreng yang terbaik, gunakan nasik sejuk berbanding nasi yang baru dimasak kerana nasi sejuk lebih keras dan tidak melekit. Jika gunakan nasi yang baru dimasak, hasilnya nanti nasi akan lembik dan berketul-ketul menjadikan nasi goreng tidak sedap rasanya.
Video
Pengenalan

Nasi Goreng Cendawan yang kebiasaannya terdapat di restoran Melayu dan Thai, sangat mudah disediakan dan sedap.Che Nom guna cendawan tiram yang dicarik kasar dalam resepi ini.

Apa yang istimewa adalah aroma daripada cendawan yang digoreng bersama nasi memberikan kelainan kepada nasi goreng ini. Pastikan cendawan adalah segar dan lebihkan cili padi supaya dapat mengimbangi rasa nasi goreng.

Untuk sayur, anda boleh gunakan sayur frozen mixed vegetables yang dijual di pasaran tetapi Che Nom lebih suka sayur kacang panjang dan karot yang dihiris dadu. Ini terpulang kepada selera masing-masing.

Diterbitkan pada 9 Mei 20193.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru