ResepiCheNom
Maggi Goreng Basah

Resepi Maggi Goreng Basah

Prep 20 minMasak 25 minJumlah 45 minHidangan 2 orang

Maggi Goreng Basah ni memang penyelamat bila lapar malam-malam, celur maggi sekejap lepas tu goreng dengan tumisan ayam/seafood dan sayur sampai berkuah.

Bahan-bahan

Bahan

  • 2 bungkus mee segera Kari2 bungkus mee segera Kari
  • 3 sudu besar minyak masak3 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 ½ sudu besar cili kisar1 ½ sudu besar cili kisar
  • 1 ketul isi ayam1 ketul isi ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 2 sudu besar sos cili2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram2 sudu besar sos tiram
  • 6-8 ekor udang6-8 ekor udang
  • Sayur sawiSayur sawi
  • Sedikit kubis cinaSedikit kubis cina
  • 1-2 cawan air1-2 cawan air
  • Kicap secukup rasaKicap secukup rasa
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 4 tangkai cili padi4 tangkai cili padi
  • Daun bawangDaun bawang
  • Limau nipisLimau nipis

Cara Buat Maggi Goreng Basah

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Cara Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong bawang putih, tomato, sayur sawi (asingkan batang dan daun), cili padi, kubis cina, daun bawang dan isi ayam.
  2. 2
    Celur maggi dalam air mendidih sekejap (agak-agak lembut terlerai). Kemudian bilas dengan air sejuk (untuk stop proses masak).
  3. 3
    Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  4. 4
    Bila bawang naik bau, masukkan cili kisar sehingga pecah minyak.
  5. 5
    Masukkan isi ayam, serbuk lada putih dan kacau separuh masak
  6. 6
    Masuk sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  7. 7
    Masukkan batang sawi dan kubis (bahagian keras).
  8. 8
    Masukkan udang (pilihan) dan serbuk perencah maggi.
  9. 9
    Tuang air, kicap pekat manis dan maggi yang dah celur tadi.
  10. 10
    Masukkan tomato, daun sawi dan daun kubis cina.
  11. 11
    Boleh adjust dengan air, kicap dan garam.
  12. 12
    Masukkan cili padi.
  13. 13
    Hidang dengan taburan daun bawang dan limau nipis
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Bilas maggi dengan air sejuk selepas celur (untuk stop proses masak) supaya maggi tak terlalu kembang bila goreng.
Video
Pengenalan

Menu kali ini, menu mesra orang bujang, menu lapar di malam hari, atau bila taktau nk masak apa, Che Nom nak share resepi Maggi Goreng Basah. Mee maggi yang kering kita celur sekejap cukup sekadar terlerai, tak perlu lembut sangat.

Kemudian kita goreng maggi dengan bahan-bahan tumisan, macam ayam dan seafood dan juga sayur yang dimasak sedikit berkuah baru lah nanti jadi maggi goreng basah. Bahan-bahan dalam video ni kalau rasa banyk sangat boleh aja adjust ikut citarasa masing-masing. Boleh kurangkan bahan, atau tambah mana yang anda suka.

Yang penting sekali, maggi perlu dimasukkan saat akhir supaya tidak terlalu kembang jadinyadan tak cepat sangat serap kuah bila makan. Ada rasa kuah basah-basah sikit tu , perah pula dengan limau nipis bila makan, memang terbaik.

Diterbitkan pada 19 Jun 202220K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru