Kek Sarang Semut Yang Legend

Hi semua, kali ni Che Nom nak tunjuk kek yang mudah sangat nak dapat bahan-bahan untuk disediakan. Sekarang ni kan ramai yang cakap susah nak dapat barang-barang di bakery…jadi jom kita sediakan kek klasik yang tak pernah lapuk dek zaman, iaitu kek sarang semut atau ada juga yang panggil kek gula hangus.…bahan-bahan pun biasa ada kat dapur aja. 

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk gula karamel:
    • 1 cawan/ 200g gula putih
    • 1 cawan/ 250ml air
  • Bahan-bahan lain:
    • sedikit mentega, untuk sapuan
    • 4 biji telur, saiz B
    • 1/2 cawan/ 153g susu pekat manis
    • 1/3 cawan/ 76g mentega
    • 1 cawan/ 125g tepung gandum
    • 2 sudu kecil soda bikarbonat atau baking soda
    • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan loyang, sapu mentega dan lapik dengan kertas baking.
  2. Ayakkan tepung gandum dan soda bikarbonat.
  3. Masak gula putih sehingga perang dan larut.
  4. Bila dah perang, masukkan air panas dan biarkan gula larut sekata. Kemudian boleh angkat dan ketepikan.
  5. Cairkan butter atau mentega dengan api kecil.
  6. Pecahkan telur dan kacau perlahan sehingga sebati.
  7. Kemudian masukkan susu pekat dan kacau lagi sehingga sebati.
  8. Masukkan butter cair dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit.
  9. Masukkan esen vanilla.
  10. Masukkan gula karemel cair tadi.
  11. Tapis adunan supaya adunan halus dan tak berketul. Tutup dan perap selama minimum 1 jam.
  12. Tuang adunan dalam loyang dan sedia utk dibakar.
  13. Bakar dengan api bawah sahaja pada 20 minit pertama dengan suhu 160°C.
  14. Selepas 20 minit, tukar kepada api atas bawah dan teruskan bakar sehingga masak. Anggraan 20 minit, atau mungkin kurang. Ikut saiz dan jenis oven masing-masing
  15. Cucuk dengan lidi, kalau lidi bersih, kek dikira sudah masak.

Tip:

  • Teknik nak kacau bahan cair dengan bahan kering, kita kena kacau dari tengah, nanti perlahan-lahan bahan kering sekeliling tu akan menyerap air dan bergaaul sebati.
  • Pada 20 minit pertama, bakar mengunakan api bawah dan tinggikan tray utk jarakkan sikit dari rod haba. Cara macam ni akan hasilkan lebih banyak ronga-ronga atau sarang semut.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.