
Karipap Kentang Ayam
Jom tengok Che Nom buat karipap rangup kali ni, bersama dengan inti kentang ayam. Selalu letak daging, kita buat letak ayam lah pula.Mula-mula kita masak inti kentang dengan serbuk kari dan isi ayam cincang. Kemudian sediakan pula doh untuk kulit karipap yang pasti anti gagal hasil nya nanti. Karipap ni memang Che Nom selalu sediakan kat rumah, dan kemudian bekukan. Bila nak makan tinggal goreng aja. Buat sendiri sangat puas hati sebab boleh letak inti banyak-banyak.
Hasilnya karipap inti kenyang ayam rangup, tak liat dan berlemak cukup sedap terutama sekali kalau makan panas-panas, kalau pekena dengan kopi O memang terbaik lah. Ramai yang dah cuba resepi karipap ni dan bagi maklumbalas yang baik di Youtube, Kalau nak panduan yang lebih terperinci, boleh tengok video Youtube link ni ok!, Insyallah menjadi dan sedap.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 500g /4 cwn tepung gandum
- 1/2 cwn minyak masak
- 2 sb majerin
- 1 cwn air sejuk
- 1/2 sk garam
- 2 sb tepung beras
- 300 isi ayam
- 6-7 biji / 1.2 kg kentang
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 tangkai daun kari
- 4 sb serbuk kari
- 1-2 sb serbuk cili
- 1 sk serbuk lada hitam
- Sedikit air
- 1 kiub pati ayam
- 1-2 sb gula
- Garam secukup rasa
- Daun sup
- 1Tambah kiub pati ayam (pilihan) dan kentang.
- 2Cincang halus bawang putih.Potong dadu bawang besar.
- 3Daun sup basuh bersih dan potong buang akar. Kemudian hiris halus daun sup.
- 4Kentang, kupas kulit dan basuh bersih. Kemudian potong dadu.
- 5Isi ayam, buang tulang dan cincang kasar. Boleh lebihan isi ayam kalau suka, kalau nak beli isi ayam yang frozen pon boleh.
- 6Bancuh rempah kari daging dan serbuk cili dengan sedikit air.
- 7Panaskan minyak dan tumis bawang besar sampai lembut dan layu.
- 8Masukkan bawang putih (masuk lambat sikit sebab bawang putih cepat hangit).
- 9Bila bawang dah naik bau, masukkan daun kari dan kacau sebati.
- 10Bila dah naik bau daun kari, masukkan bancuhan rempah kari tadi dan kacau sampai kering dan pecah minyak.
- 11Tambah 1-2 kali air dan ulang masak sampai kering balik.
- 12Masukkan isi ayam dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
- 13Tambah sedikit air (supaya kentang cepat empuk), garam dan gula. Kacau sebati dan masak sampai kentang empuk.
- 14Bila kentang dah masak empuk, tabur daun sup dan tutup api.
- 15Sejukkan inti sebelum buat karipap.
- 1Sukat dan masukkan tepung gandum, tepung beras dan garam dalam mangkuk. Kacau sebati kesemua bahan.
- 2Cairkan majerin dan minyak masak.
- 3Tuang sedikit demi sedikit minyak dan majerin panas dalam tepung. Kacau sebati sampai dapat texture berderai macam serbuk roti (kacau dengan sudu sebab minyak masih panas).
- 4Tambah sedikit demi sedikit air sejuk dan uli sampai jadi doh.
- 5Rehatkan doh setengah jam.
- 6Bila doh dah kembang, keluarkan dan uli sikit doh.
- 7Kemudian bahagikan doh setiap satu 25g (hasil 38-40 biji karipap).
- 8Bulat dan leperkan doh.
- 9Sudukan penuh inti dan letak ditengah doh.
- 10Tekan rapat bahagian tepi doh biar ada lebihan ½ cm doh untuk kelim.
- 11Kelim kemas karipap (tolak doh dengan ibu jari dan picit biar melekat).
- 12Panaskan minyak dan goreng karipap (minyak jangan terlalu panas sangat takut dalam tak masak). Alih sekali sekala.
- 13Bila karipap dah perang, angkat dan toskan minyak.
- •Untuk dapat karipap yang buncit kedepan, uli / leperkan doh bentuk bujur. Letak inti macam biasa dan tarik sikit hujung doh supaya karipap maintain bujur. Kelim dan siap.
- •Untuk frozenkan karipap, susun karipap (jarak-jarak) dalam loyang dan masukkan karipap dalam peti ais sampai keras kemudian keluarkan dan susun rapat-rapat dlm bekas tertutup.

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Soalan: Tolong berikan tips untuk simpan lama karipap ni untuk berbuka puasa dibulan Ramadhan.
UmumResipi ini tidak menyatakan secara khusus cara menyimpan karipap untuk jangka masa yang lama. Walaubagaimanapun, berikut adalah tips umum yang boleh saya kongsikan:
Untuk simpan karipap supaya tahan lama, terutamanya untuk bulan Ramadan, anda boleh bekukan karipap. Ada dua cara utama:
-
Karipap Mentah: Susun karipap yang belum digoreng di atas dulang, pastikan tidak bertindih. Bekukan sehingga keras, kemudian pindahkan ke dalam bekas kedap udara atau beg ziplock. Bila nak makan, goreng terus tanpa perlu dinyahbeku.
-
Karipap Separuh Masak: Goreng karipap sekejap sahaja, cukup sekadar kulitnya mengeras sedikit. Sejukkan sepenuhnya, kemudian susun dalam bekas dan bekukan. Apabila ingin dihidangkan, goreng semula sehingga garing keemasan.
Pastikan karipap disejukkan sepenuhnya sebelum dibekukan untuk mengelakkan ia berwap dan melekat antara satu sama lain.
Soalan: Apa kelebihan goreng dahulu sebelum simpan?
UmumKelebihan menggoreng karipap dahulu (separuh masak) sebelum disimpan adalah untuk menjimatkan masa dan memudahkan proses penyediaan apabila ingin dihidangkan nanti. Apabila karipap digoreng separuh masak, kulitnya akan mengeras sedikit. Ini membantu mengekalkan bentuk karipap semasa dibekukan dan mengelakkan daripada melekat antara satu sama lain.
Apabila tiba masa untuk dihidang, anda hanya perlu menggoreng semula karipap sehingga garing keemasan. Proses ini lebih cepat berbanding menggoreng karipap mentah yang baru dikeluarkan dari peti sejuk.
Soalan: Berapa lama ianya boleh disimpan didalam freezer?
UmumResipi ini tidak menyatakan secara khusus berapa lama karipap boleh disimpan di dalam freezer. Walaubagaimanapun, secara amnya, karipap yang dibekukan (sama ada mentah atau separuh masak) boleh tahan selama 1-3 bulan di dalam freezer jika disimpan dengan betul dalam bekas kedap udara atau beg ziplock.
Pastikan karipap disejukkan sepenuhnya sebelum dibekukan. Labelkan bekas atau beg dengan tarikh pembekuan untuk memudahkan anda memantau tempoh penyimpanan.
Soalan: Berikan senarai bahan untuk separuh hidangan
UmumBerikut adalah senarai bahan untuk separuh hidangan Karipap Kentang Ayam:
Bahan Untuk Kulit Karipap:
- 250g / 2 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan minyak masak
- 1 sudu besar (sb) majerin
- 1/2 cawan air sejuk
- 1/4 sudu teh (sk) garam
- 1 sudu besar (sb) tepung beras
Bahan Untuk Inti:
- 150g isi ayam
- 3-4 biji / 600g kentang
- 1/2 biji bawang besar
- 1 1/2 ulas bawang putih
- 1 tangkai daun kari
- 2 sudu besar (sb) serbuk kari
- 1/2 - 1 sudu besar (sb) serbuk cili
- 1/2 sudu teh (sk) serbuk lada hitam
- Sedikit air
- 1/2 kiub pati ayam
- 1/2 -1 sudu besar (sb) gula
- Garam secukup rasa
- Daun sup
Semoga berjaya mencuba resipi ini!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Karipap Rangup Inti Keledek
Kali ni Che Nom nak share resepi karipap inti keledek yang rangup. Karipap memang sedap sangat makan waktu berbuka puasa...

Epok-epok atau Karipap Sayur
Resepi Karipap Sayur dengan inti sayur yang mudah disediakan. Kulit karipapnya rangup dan gebu. Sedap dihidangkan bersama sos cili.
Karipap Pusing Gebu dan Rangup
Karipap Pusing yang sangat glamerpada setiap kali tibanya Ramadan. Che Nom dapat resepi ni dari sahabatInstagram iaitu M...

Karipap Pusing Rangup Edisi Premium
Karipap pusing berlapis halus, inti pedas berempah.

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam
Hai semua, resepi kali ni, paling mudah dari segi bahan-bahan tapi paling mencabar dari segi cara nak dapatkan cekodok p...

Cucur Kentang Rangup
Resepi ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba kelainan dari cucur jagung atau pisang. Kentang yang dipotong menghasilkan cucur yang rangup dan manis. Resepi ini juga sesuai untuk anak-anak yang susah makan sayur, mudah disediakan, murah dan boleh dinikmati ramai-ramai.